3 DivSemasa

Program Interaksi Profesional Eratkan Hubungan Dua Negara

MELAKA: Hubungan erat diantara 3 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan 3 Divisyen Tentera Darat Singapura (TDS) diteruskan dengan pelaksanaan Program Interaksi Profesional (PIP) yang bermula mulai 22 hingga 25 April 2018.

Penganjuran bagi tahun ini dihoskan oleh 3 Div TDM manakala MK 1 Bgd bertindak selaku Pengelola Acara.

Kunjungan aturcara PIP bermula dengan lawatan ke MK 3 Div, Kem Terendak pada 23 April 2018. Rombongan yang diketuai oleh Komander 3 Div TDS, Brig Gen Alfred Fox, disambut oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Sejurus memeriksa Kawalan Kuarter, pertemuan tertutup Pegawai Kanan kedua-dua pasukan diadakan di pejabat Panglima 3 Div.

Rombongan kemudiannya diberikan taklimat berkaitan 3 Divisyen, disusuli dengan interaksi profesional diantara kedua-dua pasukan.

Jamuan makan tengahari yang diadakan di Army Officer Recreatioan Club (AORC) Kem Terendak mengakhiri pertemuan.

Turut hadir sepanjang acara berlangsung ialah Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Memerintah serta Pegawai Staf.

Oleh:
Gambar: Sel PR 3 Div dan Sel Risik 1 Bgd

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online