Semasa

MENHAN Melawat Kawasan Operasi

KELANTAN: Seramai 400 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang bertugas ketika hari raya diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Mohamed Sabu sempena lawatan beliau ke kawasan operasi pada 17 Jun 2018.

Terdahulu ketibaan MENHAN yang diiringi Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-5 Rejimen Renjer Diraja (5 RRD), Lt Kol Azman A. Rahman.

Sebelum itu, Panglima 2 Div telah menyampaikan taklimat kepada MENHAN mengenai pelaksanaan operasi di kawasan tanggungjawab 2 Div di Utara Semenanjung Malaysia termasuk yang sedang dilaksanakan oleh warga 5 RRD.

MENHAN amat prihatin dengan pengorbanan para perajurit yang terpaksa berjauhan dari keluarga di hari raya untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa soal keselamatan negara adalah perkara yang tidak boleh dikompromi sama sekali dan diambil mudah oleh semua pihak.

Beliau turut menyampaikan sumbangan beg raya kepada semua pegawai dan anggota LLP yang sedang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi demi mempertahankan keselamatan negara.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online