Bersama PemimpinMINDEFMK TDSemasa

Hari Pertama PTD Ke-28

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat Ke-28, Jen Datuk Zamrose Mohd Zain secara rasminya memulakan tugas sebagai PTD yang baharu pada hari pertama di Wisma Pertahanan pada 12 Jun 2020.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan Wisma Pertahanan, PTD menerima tabik hormat lalu memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai serta 43 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Izham Ahmad Rashidi dan diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

Jen Datuk Zamrose Mohd Zain telah mengambil alih tugas sebagai PTD Ke-28 dari PTD Ke-27, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi pada 11 Jun 2020 di Auditorium Kementerian Pertahanan disaksikan Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

Mengimbas keperibadian PTD Ke-28, beliau dilahirkan pada 22 Sep 1962 di Seremban, Negeri Sembilan dan memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1980.

Seterusnya beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 24 Jan 1981 dan pasukan pertama beliau ialah Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD).

Sepanjang 39 tahun usia perkhidmatannya, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan jawatan terakhir beliau sebelum ini sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD).

Jen Datuk Zamrose Mohd Zain telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Zainuriah Hj Mustapha dan dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dan pegawai kanan MKTD.

Gambar: SSjn Vijay Arikhrishnan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button