Bersama PemimpinSemasa

Mej Jen Dato’ Hj Md Yusof Aziz Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) yang turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada 30 Sep 2020.

Mej Jen Dato’ Hj Md Yusof Aziz dinaikkan pangkat ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Presiden PUSPAHANAS yang baharu menggantikan Laksamana Madya Dato’ Ganesh Navaratnam.

Majlis diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa diantara Laksamana Madya Dato’ Ganesh Navaratnam dan Lt Jen Dato’ Hj Md Yusof Aziz.

Lt Jen Dato’ Hj Md Yusof Aziz merupakan Komandan Pertama Maktab Ketahanan Nasional (MKN) sebelum dilantik sebagai Presiden PUSPAHANAS yang kedua.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal Hj Abdul Samad dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button