Bersama PemimpinHUTSemasa

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari TD Ke-88

KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Angkatan Tentera, Sg Besi pada 25 Feb 2021.

Majlis ini dilaksanakan sempena Hari Tentera Darat Ke-88 yang bertemakan Sinergi Tentera Darat Dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara dengan niat memohon keredhaan dan keberkatan ilahi setelah TD berusia 88 tahun.

Program ini sejajar dengan Tonggak Ketiga dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menekankan pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online