SemasaTentera Bersama Rakyat

TD Komited Laksana Pemasangan Kawat Duri

KUALA LUMPUR: Tentera Darat (TD) telah mengatur gerakkan seramai 190 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) dan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) bagi pemasangan kawat duri melibatkan dua lokaliti berbeza iaitu di Kampung Segambut Dalam dan Jalan Kubur, Pantai Dalam pada 26 Jun 2021.

Setelah membuat penilaian risiko wabak COVID-19 bersama pelbagai agensi dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di penempatan tersebut mulai 26 Jun hingga 9 Jul 2021 berikutan sebanyak 78 kes di Kampung Segambut Dalam dan 53 kes di Jalan Kubur, Pantai Dalam disahkan positif  COVID-19 selepas dilakukan saringan di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Atur gerak ini bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam di mana kerjasama yang dijalinkan mampu meningkatkan tahap kebolehupayaan dan kepatuhan masyarakat dalam bekerjasama bersama petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

Turut hadir, Ketua Jurutera TD, Mej Jen Dato Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redzwan.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online