Bersama Pemimpin

PAT Terima Kunjungan Hormat PAT Diraja Thailand

KUALA LUMPUR: Chief Of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (C-D-F, RTAF), Gen Chalermphon Srisawasdi dan delegasi melakukan Kunjungan Hormat (KH) ke atas rakan sejawatnya Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 25 Mei 2022.

Sebaik tiba di perkarangan Wisma Petahanan, Gen Chalermphon Srisawasdi disambut oleh PAT lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri dari tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

Selesai KKU, PAT mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seterusnya meneruskan acara kunjungan hormat di pejabatnya serta menandatangani Buku Lawatan.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, PTL dan PTU, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button