Bersama PemimpinMK TDSemasa

Perbarisan MK TD Penggal Pertama

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Perbarisan Markas Tentera Darat (MK TD) Penggal Pertama di Padang Kawad Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 17 Mac 2023.

Sempena perbarisan ini, PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat melibatkan lapan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta menyampaikan anugerah kepada pemenang Pertandingan Esei PTD dan Artikel Terbaik Sorotan Darat Tahun 2022 yang melibatkan seramai 14 pegawai dan lima anggota LLP.

“Syabas dah tahniah kepada lapan anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat serta para pemenang Pertandingan Esei PTD dan Artikel Terbaik Sorotan Darat Tahun 2022.

“Pencapaian cemerlang yang diraih ini menjadi bukti bahawa jika berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh tumpuan terhadap setiap penugasan maka pasti akan ada ganjaran baik yang akan diterima,” jelas PTD.

Acara perbarisan rejimental seumpama ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online