MELAKA: Seramai empat pegawai dan 39 anggota Lain-Lain Pangkat bersama 65 orang kakitangan Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSS) terlibat dalam Program Jiwa Murni anjuran 10 Skn RAJD (PARA) di RAYSS pada 5 Ogos 2017.
Objektif program adalah memberi pendedahan kepada anggota tentang kepentingan khidmat sosial serta aktiviti kemasyarakatan disamping dapat mendekatkan lagi golongan tentera bersama pelajar-pelajar anak yatim di RAYSS dalam memberi sokongan dan semangat untuk berjaya dalam pelajaran di masa hadapan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti pembersihan kawasan sekitar kompleks RAYSS, membersihkan bilik penginapan dan tandas, kelas pengurusan diri, menyediakan sajian serta makan bersama-sama dan diakhir program pasukan turut memberi sumbangan peralatan-peralatan sukan.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”11864,11865,11866,11867,11868,11869,11870,11871,11872,11873,11874,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]