Bersama PemimpinSemasaTrup TD

PAT Thailand Terima Beret Merun Kehormat

MELAKA: Chief of Defence Force Royal Thailand Armed Forces, Gen Tarnchaiyan Srisuwan dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd Para yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di ParaWood 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) pada 7 Dis 2017.

Terdahulu dari itu, Gen Tarnchaiyan Srisuwan dipertonton dengan persembahan demontrasi oleh 10 Bgd Para melibatkan 32 pegawai dan 1277 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Mohd Azral Manan dari Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para).

Antara demontrasi yang diadakan adalah seperti pertunjukan payung terjun bebas dari Tim Penerjun Bebas Kompeni PANDURA diikuti acara Para Ground Traning, Freefall, Repelling/Abseiling/Fast Roping, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur dan Tactical Combat Casualty Care (TCCC).

Sebaik sahaja selesai acara penganugerahan, delegasi negara Thailand dipersembahkan Para War Dance atau Tarian Perang yang mana persembahan ini melambangkan keberanian dan kekuatan pahlawan para serta hanya dipertontonkan kepada tetamu kehormat negara sahaja.

Selain itu, objektif utama penganugerahan ini adalah sebagai simbolik pengukuhan hubungan erat diplomatik di antara Angkatan Tentera Diraja Thai dan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

 

Gambar: Lt Kol Hj Ahmad Nazran Ashari, PW 2 Shahril Mat Ali, Saifun Hakimi Zainon

[srizonfbalbum id=74]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online