PERLIS: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Lawatan Kerja ke Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (MK 30 Bgd) pada 12 Dis 2020.
Sebaik tiba di MK 30 Bgd, beliau diperkenalkan kepada barisan Pegawai Memerintah dan Pemerintah di bawah naungan Formasi 30 Bgd lalu diberikan taklimat berkaitan operasi dan pengurusan Formasi 30 Bgd oleh Panglima 30 Bgd, Brig Jen Mohd Zaki Abu.
Terdahulu dari itu, Menteri Kanan Pertahanan telah meninjau ke kawasan Sektor Utara OP PAGAR II di Bukit Kayu Hitam dan menjelaskan akan memperkasakan kawalan sempadan Malaysia – Thailand.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Rezil Shahidin.
Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul