AgamaBersama PemimpinBTDMSemasa

Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat TD Tahun 2024

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2024 bertempat di Auditorium Sebatang Karah pada 16 Ogos 2024.

Seramai 30 peserta dari setiap formasi dalam TD mengambil bahagian bersaing dalam lima kategori yang dipertandingkan iaitu Pegawai, Qari, Qariah, Qari Saudara Muslim dan Qariah Saudara Muslim dimana para peserta dinilai berdasarkan bacaan tajwid, taranum, suara serta fasohah.

Keputusan pertandingan pada tahun ini menyaksikan Kapt Ahmad Yazid Abd Nasir dari Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dinobatkan sebagai johan kategori Pegawai manakala Kpl Yusof Mat Daud dari Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) muncul sebagai johan Qari kategori LLP dan Puan Nurul Syafiqah Mat Isa dari PMTTD merangkul johan kategori Qariah.

Bagi Kategori Qari Saudara Muslim, PW II Muhammad Syawal Angkapok dari PMBTD merangkul gelaran johan sementara Puan Balqis Nur Ayuni Abdullah dari 10 Briged (Para) dinobatkan sebagai johan Qariah Saudara Muslim.

Johan Formasi bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran tahun ini disandang oleh PMTTD. Johan bagi setiap kategori akan mewakili TD ke Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam ucapan PTD, beliau menyeru seluruh warga TD agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan sumber inspirasi dalam menjalankan tugas harian serta menekankan kepentingan elemen kerohanian dalam membina kekuatan askari selari dengan Penumpuan Pertama Perintah Ulung PTD Ke-30 yang memberi tumpuan kepada aspek spiritual dalam angkatan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Moktar.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online