Bersama PemimpinSemasa

TD Bakal Terima Aset Tercanggih

KUALA LUMPUR:Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dalam Majlis Tandatangan Kontrak dan Memorandum Persefahaman sempena Pameran Defence Service Asia 2016 (DSA) yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di  Putra World Trade Centre (PWTC) pada 19 Apr 2017.

Perjanjian tersebut melibatkan 10 dokumen kontrak, empat surat penerimaan bernilai RM 2.9 billion berserta penyerahan tiga surat niat dan tujuh memorandum persefahaman yang mana dipertimbangkan secara khusus melalui lima teras utama yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia seperti Kesiapsiagaan, Kebajikan, Keselamatan, Diplomasi, dan Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0.

Antara aset yang bakal diterima oleh Tentera Darat (TD) ialah 222 unit Trak 3 Ton, enam buah Helikopter Peninjau Pelbagai Guna MD530G  yang akan digunakan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)  yang turut dilengkapi sistem persenjataan serta di kawal selia oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), 22 unit 4×4 Trak Kargo, Penerimaan alat ganti serta baik pulih Kereta Kebal Penggempur dan pelbagai lagi aset yang lain untuk kegunaan TD.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertahanan Dato’ Dr Rothiah Hj Omar, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD),  Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan wakil syarikat yang terlibat dalam penyerahan perjanjian.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online