MELAKA: Seramai 42 orang pegawai dan anggota telah terlibat dalam Ex Eagle Swift pada 14 hingga 15 Jun 2017 bertempat di Zon Gugur, Kem Terendak, Melaka dengan menggunakan pesawat CN 235 TUDM (No 1 Skn TUDM).
Eks ini merupakan siri latihan lanjutan Terjun Bebas bagi meningkatkan Para Readiness serta kemahiran taktikal anggota Komp PANDURA (Para), selain sebagai latihan kepada penerjun 10 Bgd (Para) sebagai persiapan pertandingan Payung Terjun ATM yang dijangka pada Sep 17.
Latihan yang dijalankan terbahagi kepada dua kategori iaitu penerjunan ketepatan Military Parachute bersama senjata dan alatan serta ketepatan Sport Parachute.