SemasaTrup TD

Penyerahan Bendera Kepada Tim Olahraga Trup TD

MELAKA: Panglima 10 Bgd (Para) Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, telah menyerahkan bendera kepada wakil Kontinjen Tim Olahraga Trup TD bertempat di Dewan Taming Sari 1 RAD (Para) pada 7 Sep 2017.

Kontinjen Trup TD diwakili oleh peserta dari 10 Bgd (Para) dan 21 GGK, yang mana turut disertai oleh pemenang pingat gangsa Acara Marathon Sukan SEA 2017 Sjn Muhaizar Mohamad.

Panglima 10 Bgd (Para) berharap semua atlet dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi dan menjadikan kejayaan Sjn Muhaizar yang mendapat pingat gangsa di Sukan Sea 2017 sebagai teladan untuk turut sama mencapai kecemerlangan kerana kejayaan itu bukanlah suatu yang mustahil jika ada kesungguhan dan objektif untuk dicapai.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut adalah Ketua Staf Am Lt Kol Samad Igom, Pegawai Memerintah 1 RAD (Para) Lt Kol Hizamuddin Haris dan semua pegawai serta jurulatih yang terlibat.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12782,12783,12784,12785,12786,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online