PersonalitiSudut Inspirasi

‘Kecekalan, Disiplin Tinggi Dan Doa Kunci Kejayaan’’- PW II Abu Samah Ahmad (Bersara)

Kejayaan dan kecemerlangan sekiranya tidak diiringi dengan usaha, pengalaman, tekad, jati diri, modal serta minat yang bersungguh-sungguh pasti tidak akan menampakkan hasilnya. Kejayaan bukan datang bergolek, bahkan ia mesti disusuli dengan iltizam yang tinggi demi mencapai cita-cita yang disasarkan. Perkara ini jelas terbukti apabila seorang bekas tentera mampu bersaing sama tinggi dengan usahawan-usahawan yang berjaya pada masa kini. 

Oleh itu, ikuti wawancara khas Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime dan jurugambar Pbt Muhammad Shukri Suhaimi menemubual PW II Abu Samah Ahmad (B) yang merupakan salah seorang pesara tentera yang kini berjaya memiliki syarikat Pembekal Aksesori dan Peralatan Badan Beruniform setelah meninggalkan dunia ketenteraan. 

Anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka ini sememangnya di usia remaja begitu meminati bidang ketenteraan sehinggakan membuat satu pilihan yang menjadi titik corak perubahan dalam hidupnya dengan menjadikan bidang ketenteraan sebagai kerjaya pilihan. 

Pada Jan 1978, berbekalkan minat, semangat dan kecekalan beliau mula menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut (PLR kini dikenali PUSASDA) di Port Dickson selama enam bulan untuk membentuk diri dengan asas ketenteraan. 

Selepas tamat latihan asas pada Jun 1978, beliau kemudian melapor ke Batalion Kesembilan Renjer Diraja (9 RRD) ketika itu di Kem Batu Uban, Pulau Pinang sebagai anggota repal dan beliau telah bersara di Maktab Tentera Diraja (MTD) setelah berkhidmat disitu bermula tahun 1982 sehingga 1998 dengan pangkat terakhir PW II. 

Menyentuh sedikit sebanyak sikap peribadi PW II Abu Samah Ahmad (B), secara zahirnya beliau kelihatan seperti seorang pendiam dan tegas namun jangkaan wartawan BTDM jelas sama sekali meleset kerana beliau merupakan seorang peramah dan mesra. Beliau juga merupakan seorang berfikiran jauh dan sentiasa bersikap rendah diri dengan orang di sekeliling. Sikap beliau ini ternyata disenangi dan disukai oleh semua pihak yang berada di sampingnya. 

Menceritakan detik awal permulaan beliau sebagai usahawan perniagaan, minatnya timbul apabila mengisi masa lapang selepas persaraan dengan menyertai sebuah syarikat pembekal alatan badan beruniform selama dua tahun sebelum menubuhkan syarikat Kristal Kembara bersama seorang rakan niaga pada tahun 2001. 

“Di awal perniagaan, saya dan rakan terpaksa bekerja dengan lebih keras mendapatkan sebut harga atau tender dari agensi kerajaan mahupun agensi awam bagi meningkatkan hasil syarikat selama empat tahun sebelum menubuhkan empat lagi syarikat yang ada sehingga ke hari ini”, ujarnya. 

Dengan menubuhkan syarikat bermodalkan wang yang diperolehi dari kenalan-kenalan tanpa membuat sebarang pinjaman bank, beliau menegaskan perlunya sikap merendah diri dan tidak sombong pada rakan-rakan kerana bantuan dan sokongan datang dari orang sekeliling. 

“Saya kekal dengan pendirian saya untuk tidak membuat sebarang pinjaman bank meskipun saya tahu terdapat tawaran daripada pihak kerajaan mahupun bank itu sendiri kerana saya percaya masih ada laluan lain bagi mendapatkan modal” ujar beliau. 

Perniagaan beliau kini merangkumi pembekalan alatan aksesori pakaian berkualiti tinggi bagi organisasi badan uniform terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bomba, Jabatan Imigresen Malaysia, dan badan uniform sekolah di sekitar Lembah Klang dan Selangor serta turut menjadi pilihan utama bagi institusi diraja mendapatkan dan menempah alatan pakaian bagi acara rasmi diraja kerana kualiti yang baik. 

Meskipun perniagaannya telah maju, beliau tetap bertekad untuk memperkembangkan perniagaannya ke tahap lebih tinggi terutamanya membekalkan keperluan alatan bagi badan beruniform dan pusat latihan agar perniagaan ini kelak akan diwarisi anak-anak serta keturunannya pada masa akan datang. 

Kini hampir 20 tahun perniagaanya beroperasi dan sepanjang tempoh ini, beliau mempunyai prinsip yang tersendiri untuk terus maju ke hadapan dan menjadi usahawan yang berjaya. Bermacam-macam dugaan dan halangan yang ditempuhi sepanjang menjalankan perniagaan, namun kuatnya semangat beliau untuk terus berjaya kerana berdirinya seorang wanita bergelar isteri yang banyak memberi sokongan terhadapnya. 

PW II Abu Samah Ahmad (B) mendirikan rumah tangga dengan Noraini Ramli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, seorang lelaki dan dua perempuan. Isterinya juga memainkan peranan yang sangat besar dalam perniagaan di mana beliau adalah pembantu, penasihat dan segalanya bagi PW II Abu Samah Ahmad (B) dalam mencapai apa yang diperolehi kini. Selain itu, beliau turut dibantu oleh anak sulungnya, Nooramin Abu Samah yang juga merupakan pemilik syarikat Karisma Impian Enterprise. Atas dorongan tersebut, hari demi hari beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan dengan keazaman dan iltizam yang kental, untuk mengubah nasib diri dan keluarga. 

“Pesan saya kepada bakal-bakal pesara, jangan sesekali kita gelap mata dengan wang ganjaran yang diterima apabila pencen sebaliknya berbelanjalah secara berhemah bagi mengukuhkan kewangan diri di samping berdoa kepada yang maha Esa kerana atas keizinan-Nya rezeki itu datang dan kita tidak akan menikmatinya jika tidak berusaha,’’ jelas beliau ketika mengakhiri perbualan. 

Tambah beliau lagi, kepada bakal-bakal pesara yang meminati dunia perniagaan dan ingin menceburinya perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berani mengambil langkah dalam mencuba sesuatu yang baru dan yakin pada diri sendiri dalam mebuat keputusan. Dengan keyakinan yang diperoleh dalam dunia ketenteraan pasti akan membantu dalam membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu perkara. Pengalaman yang bermakna ini tidak semua orang dapat perolehi dan oleh demikian, gunakanlah sebaik-baik mungkin. 

Pengajaran yang boleh dicontohi dari kisah PW II Abu Samah Ahmad (B) ialah sesuatu kejayaan tidak boleh dicapai tanpa usaha. Meskipun dunia ketenteraan dan dunia masyarakat awam terlalu banyak perbezaannya, namun ia bukanlah satu halangan untuk menggapai cita-cita dan kejayaan. Apa yang penting ialah tidak terlalu ghairah untuk mengejar kekayaan sehingga tergelincir dari landasan sebenar hingga merugikan diri sendiri. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online