Bersama PemimpinSemasa

PAT Terima Kunjungan Hormat Pemerintah ABDB Brunei

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menerima Kunjungan Hormat daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mej Jen Dato Seri Pahlawan Hj Muhammad Haszaimi Bol Hassan sempena lawatan kerja ke Malaysia di pejabatnya pada 8 Jun 2022.

Sebaik tiba di perkarangan Wisma Petahanan, Pemerintah ABDB disambut oleh PAT lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

Selesai KKU, PAT mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seterusnya melaksanakan acara kunjungan hormat di pejabatnya serta menandatangani Buku Lawatan.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button