Bersama Pemimpin

Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Warga ATM

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Wisma Pertahanan pada 13 Apr 2023.

Sebanyak 79 buah syarikat dan badan korporat telah menyumbang sebagai tanda penghargaan kepada warga ATM atas pengorbanan mereka dalam memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. 

Keseluruhan sumbangan bernilai RM 2.16 juta telah diterima ATM dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan dan juadah hari raya. 

MENHAN turut mewakili ATM bagi menerima sumbangan zakat, wakalah dan waad yang diserahkan oleh wakil daripada lapan agensi dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM 2.01 juta. 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada panglima-panglima perkhidmatan sebelum diakhiri dengan upacara tradisi membuka kotak bungkusan Hari Raya.

Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online