KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2024 atau lebih dikenali Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 telah melabuhkan tirainya secara rasmi oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail di ruang legar Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 9 Mei 2024.
Penganjuran pameran ini membuktikan kejayaan Kementerian Pertahanan (MINDEF) Malaysia dalam menerajui industri pertahanan negara yang semakin berkembang sebagai tunjang utama pembangunan negara.
Justeru, pameran ini berperanan sebagai hab penting bagi mendepani cabaran pertahanan yang kompleks meliputi kepelbagaian geopolitik masa kini menerusi sesi dialog dan perkongsian kepakaran.
Selain itu, perolehan ini juga bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan angkatan dan keupayaan anggota untuk melaksanakan tugas serta kewajiban menjaga pertahanan kedaulatan negara.
Dalam majlis yang sama turut diadakan acara penyampaian cek dari DSA Exhibition & Conference Sdn. Bhd. kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bernilai RM100,000.00 sebagai dana siswazah bagi menyokong peningkatan pendidikan anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj Ruji Hj Ubi, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Pengarah DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Datuk Azzat Kamaludin dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi, LKpl Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan