HUTSemasa

Sambutan HUT KOD Ke-67

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kor Ordnans Diraja (KOD), Brig Jen Dato’ Hj Suhaimi Mat Isa yakin bahawa KOD mampu bergerak seiring dengan kor-kor yang lain dalam memberi bantuan logistik kepada Tentera Darat (TD) agar ianya dapat beroperasi dalam persekitaran keselamatan yang tidak menentu disebabkan oleh ketidaktentuan hubungan kuasa besar, keadaan geopolitik serantau serta ancaman keselamatan bukan tradisional.

Beliau juga menekankan bahawa KOD sentiasa komited untuk memperkasakan sumber manusia dengan meningkatkan tahap profesionalisme pegawai dan anggota melalui kursus serta misi dalam dan luar negara sebagai salah satu cabang melatih menjadi warga logistik yang profesional dalam melaksanakan tugas di segenap lapangan.

Susulan itu juga, KOD akan menerima 10 buah Multipurpose Mobile Inventory Vehicle (MMIV) dan enam buah Explosive Ordnance Device (EOD) Command and Control Vehicle bagi pengoperasian ordnans di medan.

Terdahulu, Pengerusi KOD menerima tabik hormat dan memeriksa Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KOD Ke-67 melibatkan enam detasmen berkekuatan seramai 21 pegawai dan 324 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Christine Lee Sue Ching dari Markas Tentera Darat – Jabatan Arah Ordnans dengan diiringi pancaragam platun Brassband Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) pada 15 Ogos 2024.

Perbarisan yang dilaksanakan di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen ini kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan Pengerusi KOD ke atas pegawai dan anggota LLP serta staf awam.

Usai perbarisan, sambutan diserikan lagi dengan acara memotong kek HUT KOD Ke-67 dan penyampaian Sijil Kecemerlangan serta penyampaian hadiah kepada Detasmen Terbaik sebelum diakhiri dengan majlis jamuan makan.

Turut hadir, mantan Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hj Azelan Abu Bakar, Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik PMTTD, Brig Jen Hj Mohd Athiyah Hj Hasan dan Timbalan Panglima Logistik, Brig Jen Mohd Ridza Deris.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online