Bersama PemimpinKebajikanKeganasanMINDEFMisi PengamanSemasa

127 Warga Palestin Terima Rawatan di Malaysia

SELANGOR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaturgerakkan dua buah pesawat A400M bagi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk diberikan rawatan di Malaysia susulan daripada pencerobohan berterusan oleh negara haram Israel terhadap Palestin yang berlangsung selama 10 bulan serta menyebabkan kira-kira 40,000 nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Seramai 127 rakyat Palestin terdiri daripada 41 pesakit dan 86 orang waris telah melalui proses tapisan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) ATM bagi memastikan setiap daripada mereka mampu melalui proses penerbangan yang panjang dan setibanya di Malaysia kesemua pesakit dan waris turut menjalani proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Khaleed Nordin menjelaskan bahawa seramai 75 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta agensi awam lain termasuk krew penerbangan, anggota TUDM dan Aeromedical Team dari BPK ATM telah diaturgerakkan dalam misi ini untuk membawa pulang warga Palestin yang tercedera bagi mendapatkan rawatan di Malaysia.

“Misi ini dilaksanakan atas dasar kemanusiaan serta semangat kebersamaan Malaysia terhadap rakyat Palestin dengan menyediakan bantuan perubatan sebagai tanda komitmen negara terhadap bantuan kemanusiaan dan sokongan kepada rakyat Palestin,” tegas MENHAN semasa sidang media di Hangar No 16 Skuadron PU Subang pada 16 Ogos 2024.

Sementara itu, PU Subang telah dijadikan Mini Hospital (Medical Staging Area) bagi persinggahan sementara rakyat Palestin sebelum mendapat rawatan sepenuhnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Antara rawatan yang diberikan kepada pesakit termasuklah patah, kehilangan anggota badan terutamanya kaki dan tangan, luka parah di kepala, kecederaan mata dan lain-lain.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang menjadi antara negara terawal menyalurkan bantuan dan rasa terima kasih itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan mewakili Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Isham Ishak, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta wakil Kedutaan Mesir dan Palestin.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online