Bersama PemimpinBTDMSemasa

Istiadat Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet ATM Tahun 2024

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong (YDP), Sultan Ibrahim telah berkenan untuk bercemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2024 di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD) pada 17 Ogos 2024.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman dan seterusnya menerima tabik hormat serta memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada lapan detasmen berkekuatan seramai 664 Pegawai Kadet ATM diiringi gabungan Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Istiadat perbarisan turut diadakan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat berserta Piala Khas kepada tujuh Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap Kolej Perkhidmatan dari Akademi Latihan Ketenteraan (ALK-UPNM), Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris Pertama (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara-Sekolah Latihan Pegawai (KTU-SLP).

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan ALK dianugerahkan kepada Lt M Ahmad Arif Izudin Mohamad Zin manakala Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat Malaysia (TDM) ALK dinobatkan kepada Lt M Ahmad Fikri Ismadi diikuti Pegawai Kadet Terbaik TLDM ALK yang disandang oleh Lt M Muhammad Haffizie Zunsaidi TLDM dan Pegawai Kadet Terbaik TUDM ALK jatuh kepada Lt M Mohamad Azree Aqil Mohd Azman TUDM.

Seterusnya Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat Malaysia (TDM) ATD dianugerahkan kepada Lt M Adam Bachtiar Ibrahim manakala Pegawai Kadet Terbaik TLDM KDSI I dinobatkan kepada Lt M Ahmad Fikri Ismadi diikuti Pegawai Kadet Terbaik Terbaik TUDM KTU-SLP yang disandang oleh Lt M Ahmad Hazim Zainuddin TUDM.

YDP Agong bertitah, bahawa setiap pegawai ATM seharusnya menghindari diri daripada terlibat dalam amalan rasuah.

“Jangan sesekali ada pegawai tentera yang terlibat dalam amalan rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut menitahkan kerajaan agar sentiasa menitikberatkan nilai-nilai amanah dalam semua urusan pembelian peralatan dan penbinaan kemudahan tentera.

Seterusnya, perbarisan diakhiri dengan tiga kali laungan Daulat Tuanku sebelum baginda berangkat meninggalkan istiadat perbarisan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak, PTD, Jen Tan Sri Dato’ Seri Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein dan Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online