Bersama PemimpinSemasa

250 Anggota KAD Dinaikkan Pangkat Selaras Penstrukturan Baharu

NEGERI SEMBILAN: Seiring dengan penstrukturan semula organisasi Kor Armor Diraja (KAD), seramai 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah dinaikkan pangkat dalam upacara Pemakaian Pangkat Perdana disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dengan disaksikan oleh 15 pegawai dan 200 anggota LLP KAD yang mengambil bahagian dalam perbarisan di Padang Kawad Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) pada 1 Nov 2024.

PTD merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat hasil daripada usaha gigih serta dedikasi mereka kepada pasukan.

Beliau mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini bukanlah sesuatu yang diperoleh secara automatik atau kebetulan, tetapi melalui proses pemilihan teliti berdasarkan kriteria prestasi dan kecemerlangan yang ditetapkan serta berharap agar ia menjadi pemangkin motivasi bagi para anggota untuk terus menambah baik kecekapan perkhidmatan kepada organisasi dan negara.

“Perbarisan pada pagi ini dilangsungkan selaras dengan penstrukturan semula KAD dan khusus bagi merakamkan satu lagi tarikh bersejarah dalam perkembangan struktur Tentera Darat untuk menangani ancaman semasa dan masa hadapan.

“Kita dapat melihat KAD telah distruktur semula melalui pelan transformasi dan pengukuhan kor kepada sebuah organisasi yang lebih ampuh dan jitu serta sentiasa bersiap siaga berhadapan dengan musuh dalam persekitaran pelbagai dimensi,” ujar PTD.

Terdahulu, upacara dimulakan dengan perbarisan masuk yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Skuadron Istiadat Berkuda (SIB), Lt Kol Sharul Azudin Maulod diikuti oleh perarakan masuk Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota LLP dari 2 KAD.

Seusai pemeriksaan perbarisan, PTD menyempurnakan acara Pemakaian Pangkat Perdana kepada para anggota terdiri daripada lima PW I, 13 PW II, 29 SSjn, 153 Sjn dan 50 Kpl.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan merangkap Pengerusi KAD dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online