Bersama PemimpinLawatanSemasa

Upacara Pembukaan Persidangan IPACC, IPAMS dan SELF Tahun 2025

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan (MENHAN), Tuan Hj Adly Zahari diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama Commanding General of United State Army Pasific Command (USARPAC), Gen Ronald Clark telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Persidangan Indo-Pasific Armies Chiefs (IPACC), Indo-Pasific Armies Management Seminar (IPAMS) dan Senior Enlisted Leader Forum (SELF) anjuran Malaysia – Amerika Syarikat yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Continental pada 24 Sep 2025.

Persidangan ini dijadualkan berlangsung mulai 23 hingga 26 Sep 2025 yang turut dihadiri seramai 162 orang peserta dari 27 buah negara di sekitar Indo-Pasifik antaranya 13 PTD dan 13 wakil PTD menghadiri IPACC, 86 peserta dari 20 buah negara yang terlibat dalam IPAMS serta penglibatan 50 peserta dari 16 buah negara bagi SELF.

Tema persidangan pada kali ini adalah ‘Forging Synergy: Transforming Multinational Land Power Network Through Open Fashion Contact’ yang menekankan kepentingan sinergi antara negara berteraskan kepercayaan dan memperkukuh hubungan pertahanan serta kerjasama strategik di antara Angkatan Tentera Darat Serantau bagi menangani cabaran keselamatan masa kini dan akan datang.

Antara pengisian persidangan adalah sesi perbincangan meja bulat dan perjumpaan dua hala, sesi perbincangan bersama panel pakar dari pelbagai negara serta forum kepimpinan.

IPACC : merupakan platform utama yang menghimpunkan Panglima-panglima Tentera Darat (TD) yang juga merupakan forum strategik tertinggi bagi mengukuhkan hubungan pertahanan dan kerjasama kearah keamaanan serta kestabilan di rantau Indo-Pasifik.

IPAMS : melibatkan penyertaan pegawai kanan TD berpangkat Kol hingga Birg Jen yang menekankan sesi perkongsian pengetahuan dalam isu-isu semasa, perbincangan berkumpulan, perbincangan dua hala meliputi isu keselamatan, pengurusan operasi dan kerjasama ketenteraan.

SELF : forum bagi Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dan pemimpin tertinggi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang menekankan perkongsian pengetahuan dan kepakaran dari aspek kepimpinan, kesiagaan, Kebajikan anggota serta pembangunan profesionalisme bagi anggota LLP.

Acara ini dilihat memainkan peranan penting di rantau ini selain menjadi platform perkongsian pendapat dan kepakaran strategik serta pengukuhan kerjasama ketenteraan di rantau Indo-Pasifik.

Turut hadir, Deputy Chief of Mission kedutaan Amerika Syarikat, David Gamble, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofo Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul. Lkpl Muhammad Nor Akram Halin & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online