Tag: Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain

  • 7 Bgd dan GAPU Terima Panglima Baharu

    7 Bgd dan GAPU Terima Panglima Baharu

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) bertempat di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 1 Nov 2021.

    Majlis dimulakan dengan dua pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen iaitu Kol Mohamad Suria Mohamad Saad yang dinaikkan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

    Manakala, Kol Muhamad Ali Baharun dinaikkan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU).

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

  • Cwg OPLAT Dan Infantri Terima Tampuk Pimpinan Baharu

    Cwg OPLAT Dan Infantri Terima Tampuk Pimpinan Baharu

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyaksikan Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan (OPLAT) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 26 Okt 2021.

    Serah Terima Tugas ini melibatkan Mej Jen Dato’ Abdul Aziz Ismail yang telah menyerahkan tugas AKS OPLAT kepada Mej Jen Baharuddin Ahmad.

    Seterusnya turut berlangsung Serah Terima Tugas Pengarah Infantri di antara Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Huzaimi Sabri yang dilantik sebagai Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dengan Brig Jen Asri Shukor selaku Pengarah Infantri baharu dan disaksikan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Mej Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.

    Simbolik kedua-dua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan penyerahan nota tersebut.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Riffat Mohd Yusof

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD Dan Penganugerahan Sayap Penerbangan

    Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD Dan Penganugerahan Sayap Penerbangan

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dan Penganugerahan Sayap Penerbangan di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 26 Okt 2021.

    Seramai 24 pegawai kanan dinaikkan pangkat didahului Brig Jen Baharuddin Ahmad yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS) – Cawangan Operasi dan Latihan (OPLAT).

    Acara diteruskan dengan pemakaian pangkat ke atas Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Huzaimi Sabri yang menjawat jawatan sebagai Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dan Brig Jen Dato’ Pahlawan Ir Anhar Anuar menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, MK ATM yang turut dinaikkan ke pangkat Mej Jen.

    Selain itu, seramai lima pegawai TD dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen, manakala kenaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol seramai 16 pegawai dan disusuli dengan Penganugerahan Sayap Juruterbang TD melibatkan tiga pegawai Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

    Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan syabas serta mengatakan bahawa kenaikan pangkat dan penganugerahan sayap penerbangan ini merupakan satu pencapaian dalam perkembangan karier profesional yang wajar disyukuri.

    “Kegagalan memikul amanah yang diberi akan membawa implikasi yang buruk, bukan sahaja dalam kehidupan ini tetapi juga kehidupan di kemudian hari.

    “Keperibadian serta kepimpinan Baginda Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat jujur, amanah, tabligh dan fathonah serta kebijaksanaannya wajar dicontohi agar kita juga berupaya menjadi pemimpin terbaik untuk organisasi yang dicintai ini,” tegas beliau.

    Tambahnya lagi, hayati dan rencanakanlah kesemua tonggak yang telah diperkenalkan berdasarkan kapasiti dan tanggungjawab kerja kalian sama ada sebagai seorang pemerintah, staf mahupun jurulatih dalam usaha membawa TD ke mercu kejayaan.

    “Mengambil kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasangan para pegawai yang dinaikkan pangkat di atas sokongan serta dorongan yang diberikan sepanjang perjalanan kerjaya pasangan masing-masing,” jelas PTD.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Riffat Mohd Yusof

  • Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron

    Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain memanjatkan kesyukuran diberi kesempatan menghadiri perbarisan penghargaan sempena persaraan Mantan Komandan Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (INSPEKA), Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 27 Okt 2021.

    “Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah mengorbankan seluruh jiwa dan raganya serta sentiasa komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.

    “Saya menyarankan ketokohan dan kecemerlangannya diteladani oleh seluruh warga Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) agar dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri masing-masing sekaligus membantu RAMD kekal sebagai sebuah kor yang unggul dan kredibel,” jelasnya.

    PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron di Padang Kawad, Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) pada 20 Okt 2021.

    Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron mula mengikuti latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada 1 Jun 1980 sebelum memulakan kerjaya sebagai Pegawai Muda pada 17 Jun 1982 di 21 RAMD yang berpangkalan di Sabah pada ketika itu.

    Beliau juga telah menyandang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Memerintah Batalion 305 Infantri (AW), Pengarah Psikologi dan Kaunseling Tentera Darat di Cawangan Sumber Manusia (CSM), Ketua Staf MK 2 Div, Ketua Bahagian Tadbir dan Logistik ESSCOM dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Jakarta.

    Perbarisan perhargaan ini dilaksanakan dalam norma baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melibatkan seramai 17 pegawai dan 250 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Pegawai Memerintah 15 RAMD, Lt Kol Ismazaini Ismail.

    Sejurus tamat perbarisan, PTD kemudiannya diiringi ke Wisma Perwira 15 RAMD bagi menikmati jamuan dan menonton tayangan video montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Mej Jen Dato’ Dr Mohd Kenali Basiron.

    Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining mengikut SOP bagi mengelakkan penularan COVID-19.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima 2 Div, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

    Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

  • Kolaborasi TD dan OUM Tingkat Taraf Akademik

    Kolaborasi TD dan OUM Tingkat Taraf Akademik

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyatakan kolaborasi yang terjalin di antara Tentera Darat (TD) melalui Rejimen Semboyan Diraja (RSD) bersama Open University Malaysia (OUM) telah bermula sejak tahun 2004 melalui program Diploma Teknologi Maklumat.

    “Sejak program ini diwujudkan sehingga tahun 2020, ianya telah berjaya melahirkan graduan seramai 460 orang anggota yang mana 206 Foreman dan 254 Yeoman di dalam RSD.

    “Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada anggota RSD dalam meningkatkan kelayakan akademik dan membolehkan setiap anggota mengekalkan kepakaran teknikal masing-masing ketika dalam perkhidmatan” jelas PTD.

    PTD berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman antara TD dan OUM di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 18 Okt 2021.

    Tambah beliau lagi, sejak program ini diwujudkan ia dapat meningkatkan tahap profesionalisme serta melayakkan anggota untuk ditauliahkan sebagai Pegawai Senarai Tugas Khas (STK) dan secara tidak langsung, program ini dapat menampung kekosongan dalam RSD.

    “TD akan terus berusaha meningkatkan taraf akademik pegawai dan anggota agar peningkatan kemahiran yang kompeten ini sejajar dengan prestasi pengetahuan serta akademik kerana ianya selaras untuk pelestarian kesejahteraan warga TD agar lebih komprehensif dan dinamik,” katanya.

    Selain itu, TD juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak OUM di atas kerjasama kolaborasi ini bagi membuka peluang pengajian ke peringkat lebih tinggi kepada warga TD serta mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak awam dan swasta demi pembangunan kesejahteraan warganya.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Gabenor OUM, Tan Sri Lee Lam Thye dan Naib Presiden (Akademik), Prof Dr Widad Othman.

    Gambar: Mohammad Nazif Mohd Zuki

  • PTD Rasmi Tembakan Inaugurasi Meriam Baharu 1 RAD (Para)

    PTD Rasmi Tembakan Inaugurasi Meriam Baharu 1 RAD (Para)

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan acara Tembakan Inaugurasi Meriam 105MM LG1 MK III dan seterusnya Pengisytiharan Status Pengoperasian Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para) (1 RAD (Para)) di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 14 Okt 2021.

    Latihan tembakan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 1 RAD (Para) kepada PTD dan seterusnya Pegawai Pos Perintah Bateri Alpha menyampaikan taklimat ringkas berkenaan peranan dan tanggungjawab anggota di pos perintah apabila menerima perintah tembakan dari Pegawai Pemerhati Hadapan (FOO).

    Kemudiannya PTD dan pegawai kanan ahli Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat (STPTD) diberikan kesempatan bersama-sama anggota 1 RAD (Para) melaksanakan latihan tembakan Meriam 105 MM LG1 MK III.

    Sejarah awal penubuhan 1 RAD (Para) bermula apabila Bateri (Bti) Pertama Meriam Persekutuan ditubuhkan pada 15 Ogos 1957 di Kem Kajang, Selangor dan dilengkapkan dengan lapan laras Meriam 25 Pounder.

    Tugas utama Bti ini selepas penubuhannya adalah melatih anggota untuk melaksanakan tembakan kehormatan sempena pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

    Pasukan ini juga terlibat di dalam tugas operasi melawan insurgensi di kawasan Sekichan, Batang Berjuntai, Kuala Kubu Bharu, Bentong, Rasah, Kerayong, Rawang, Kuala Nerang, Padang Serai dan kawasan di sempadan Malaysia/Thailand, sekaligus melakar sejarah di mana ianya merupakan kali pertama Unit Persekutuan dibantu oleh Pasukan Artileri Tanah Persekutuan dalam operasi seumpamanya.

    Dalam usaha Kerajaan Persekutuan untuk menambah Pasukan Rejimen Meriam, penstrukturan Bti Pertama Meriam Persekutuan telah dilaksanakan sehingga tertubuhnya Rejimen Pertama Persekutuan pada 1 Jan 1962.

    Pasukan ini telah diperlengkapkan dengan 21 laras meriam jenis 105 MM Pack Howitzer bagi menggantikan Meriam 25 Pounder.

    Pada 9 Apr 1965, designasi Rejimen Pertama Meriam Persekutuan telah diubah kepada Rejimen Meriam Malaysia selari dengan penubuhan Malaysia dan pada 13 Apr 1981, designasi telah diubah lagi kepada Rejimen Pertama Artileri yang akhirnya diubah kepada Rejimen Pertama Artileri Diraja pada 6 Jun 1992 bersempena dengan penganugerahan gelaran diraja kepada RAD.

    Lanjutan dari penubuhan 10 Bgd (Para) pada 10 Okt 1994, pasukan ini diletakkan di bawah perintah 10 Bgd (Para) sehinggalah ke hari ini.

    Semenjak 1 RAD ditubuhkan sehingga sekarang, pasukan telah dilengkapi dengan tiga varian sistem persenjataan iaitu Meriam 25 Pounder, Meriam 105 MM Pack Howitzer dan yang terkini adalah Meriam 105 MM LG1 MK III yang dibekalkan pada 14 Okt 2020.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly, LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Saifun Hakimi Zainon, Riffat Mohd Yusof dan Mohammad Nazif Mohd Zuki.

  • Penyatuan Kuasa Tembakan Dalam LKT 2021 Bukti Kesiagaan ATM – PAT

    Penyatuan Kuasa Tembakan Dalam LKT 2021 Bukti Kesiagaan ATM – PAT

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2021 bertempat di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas pada 14 Okt 2021.

    Dalam ucapan PAT, beliau menjelaskan bahawa latihan ini secara tidak langsung mempamerkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menggalas tugas utama iaitu memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

    “Apa yang dipertontonkan pada Hari ATM Ke-88 di Kem Segenting pada 22 Sep lalu bagi saya adalah menggerunkan, namun apabila ditambah dengan penyatuan kuasa tembakan yang dipamerkan pada hari ini memperlihatkan kredilibiti dan keupayaan sebenar ATM.

    “Keupayaan yang ditonjolkan juga adalah sebagai simbol keyakinan rakyat bahawa kesiagaan ATM kepada tugas utama tidak terjejas walaupun kini tumpuan diberikan kepada pelaksanaan tugas sekunder iaitu membantu negara menangani pandemik COVID-19,” tegasnya.

    Tambahnya lagi, melalui latihan ini jelas menggambarkan anggota tentera mampu mengendalikan platform kenderaan dan persenjataan yang sophisticated dan terkini secara profesional sebagaimana latihan yang diberikan.

    Terdahulu ketibaan PAT disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dan kemudian diberi taklimat berkenaan latihan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

    LKT 2021 ini diadakan untuk mempamerkan keupayaan sesebuah combat team dalam ketumbukan combined arms melalui maneuver dan kuasa tembakan secara segmen dinamik yang merangkumi senjata Bantuan Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) serta Pesawat Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam memperagakan keberkesanan sistem persenjataan ATM.

    Selain itu, latihan ini turut menguji pengurusan pasukan serta keupayaan dan kompetensi anggota yang terlibat dalam melaksanakan latihan tembakan peluru hidup.

    Latihan juga diadakan bagi memberi pendedahan kepada para penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) di mana ianya telah dipertontonkan kepada mereka pada 12 Okt 2021.

    Latihan ini kali terakhir diadakan pada tahun 2019, namun dalam skala kecil disebabkan negara ketika itu dilanda keadaaan jerebu, manakala pada tahun 2020 latihan tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik COVID-19.

    Seramai 969 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam LKT 2021 bersama 106 buah aset dan persenjataan melibatkan Kenderaan Perisai Pendekar, Gempita, Lipan Bara, Adnan dan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) manakala aset persenjataan pula merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata berkaliber besar seperti Unit Lancar Berganda (ULB) Astros II, Meriam 155 MM G5 MK III, Meriam 105 MM PH L5, Anti-Tank Guided Missile (ATGW) Ingwe, Baktar Shikan, Mortar 81 MM dan Rocket-Propelled Grenade (RPG-7 40MM).

    Selain itu, latihan tembakan turut melibatkan persenjataan peringkat kompeni iaitu Colt M4, Minimi, M203, GPMG, RPG-7 dan Mortar 60 MM, senjata batalion terdiri daripada Heavy Machine Gun (HMG) dan Automatic Grenade Launcher (AGL), manakala pesawat terlibat adalah Helicopter Super Lynx dari TLDM yang dipasang dengan persenjataan HMG, dan Helicopter Agusta A109 LOH bersama Gatling Gun dari PUTD.

    Turut hadir,  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly, LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Saifun Hakimi Zainon, Riffat Mohd Yusof dan Mohammad Nazif Mohd Zuki.

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) dan Pelancaran Portal AW bertempat di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 15 Okt 2021.

    Acara dimulakan dengan tiga pegawai menerima Penganugerahan Tauliah Kol Kehormat didahului Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dilantik sebagai Komandan PALAPES UPM, diikuti Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Teknologist Dr Ahmad Fauzi Ismail dilantik sebagai Komandan PALAPES UTM dan Pengarah Urusan Kumpulan Telekom Malaysia, Shazril Imri Mokhtar dilantik sebagai Komander 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom AW.

    Kemudian, seramai tiga pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol iaitu Mej Muhammad Nasran Mohamad menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rej 515 AW, Mej Muhammad Fadzil Repin @ Rebin menjawat jawatan sebagai Timbalan Komandan PALAPES UPM dan Mej Mohamad Ezanee Yazid menjawat jawatan sebagai Timbalan Komandan PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM).

    Selain itu, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Nor Shokri Hj Abd Rahman dianugerahkan Tauliah Lt Kol Kehormat dilantik sebagai Timbalan Komandan PALAPES UMT sebelum disusuli dengan penganugerahan Tauliah Mej Kehormat melibatkan empat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Sejurus selesai pemakaian pangkat, PTD dipertontonkan tayangan video montaj berdurasi selama enam minit berkenaan pelancaran Portal AW.

    Seterusnya, PTD diiringi Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman K.P Bhaskaran bagi menyempurnakan Pelancaran Portal AW secara gimik dengan meletakkan telapak tangannya di atas permukaan glob sebagai simbolik perasmian sebelum mengakhiri majlis dengan menandatangani Plaque Pelancaran.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Subari Hj Tomo dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

    Gambar: Riffat Mohd Yusof

  • Jalan Tok Ujang, Simbolik Hargai Jasa Perwira Negara

    Jalan Tok Ujang, Simbolik Hargai Jasa Perwira Negara

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pengisytiharan Jalan Tok Ujang di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Kem Perdana Sungai Besi pada 12 Okt 2021.

    Acara ini merupakan penghormatan daripada Tentera Darat (TD) bagi mengenang jasa dan pengorbanan veteran perang dunia kedua, iaitu Allahyarham Pbt Ujang Mormin yang pernah berkhidmat di 1 RAMD pada masa dahulu dan telah meninggal dunia di usia 100 tahun pada 10 Feb yang lalu akibat jangkitan COVID–19.

    Penamaan jalan di kem 1 RAMD dengan nama Jalan Tok Ujang adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham semasa berkhidmat di kem tersebut dan kepada tanah air khususnya.

    Melalui pengabdian nama-nama pahlawan negara yang pernah berjuang mempertahankan kedaulatan negara pada suatu ketika dahulu di dalam kem-kem tentera, diharapkan supaya anggota tentera pada masa kini lebih menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

    Allahyarham Pbt Ujang Mormin telah dilahirkan di Kampung Kundur, Negeri Sembilan pada 14 Jun 1921 dan merupakan veteran perang yang telah berjuang bersama–sama dengan Allahyarham Lt Adnan Saidi ketika menentang pendudukkan Jepun di Tanah Melayu.

    Gelaran Tok Ujang adalah panggilan mesra bagi Allahyarham Pbt Ujang Mormin sewaktu beliau berkhidmat di 1RAMD dan nama gelaran inilah yang sering digunakan oleh kenalan serta saudara maranya.

    Di akhir majlis, PTD turut memberikan sumbangan kepada waris Allahyarham yang hadir iaitu anak saudaranya, Lailawati Jamil.

    Gambar: Pbt Mohamad Shukri Suhaimi dan Mohammad Nazif Mohd Zuki.

  • 41 Tahun Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman Abdikan Diri Dalam Perkhidmatan

    41 Tahun Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman Abdikan Diri Dalam Perkhidmatan

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman diatas khidmat bakti jiwa dan raganya selama 41 tahun enam bulan perkhidmatan di dalam Tentera Darat (TD) amnya dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

    “Saya yakin dengan mencontohi ketokohan beliau, pegawai-pegawai muda RAMD akan dapat membentuk keperibadian yang terpuji dalam diri masing-masing serta membantu rejimen kekal sebagai sebuah kor yang unggul dan kredibel.

    “Saya menyarankan agar ketokohan dan kecemerlangannya diteladani oleh seluruh warga RAMD kerana sepanjang perkhidmatannya beliau sentiasa komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan serta sungguh besar pengorbanan yang dicurahkan,” tegas PTD.

    PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman di  Dataran Panglima Tentera Darat pada 12 Okt 2021.

    Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman dilahirkan pada 19 Okt 1961 di Kepala Batas, Pulau Pinang dan menceburi bidang ketenteraan pada 5 Apr 1980 di Sekolah Pegawai Kadet serta telah ditauliahkan sebagai Lt M pada 24 Jan 1981.

    Beliau memulakan kerjaya sebagai Ketua Platun di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang pada ketika itu berpangkalan di Sabah.

    Sepanjang kerjaya dalam perkhidmatan beliau telah menyandang beberapa jawatan penting dalam cabang pemerintah seperti Panglima Bgd Sempadan, Panglima 12 Bgd, Pengarah Infantri, Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai AKS PA MK ATM.

    Seterusnya dalam uacapan Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTD kerana memberi kebenaran perbarisan ini dilaksanakan.

    “Walaupun kita masih dalam ancaman COVID-19, namun perbarisan penghargaan ini cukup bermakna kerana ianya melambangkan semangat setiakawan yang tinggi dalam organisasi Tentera Darat (TD) amnya dan RAMD khususnya,” jelasnya.

    Tambah beliau lagi, usaha berterusan TD mengadakan majlis-majlis penghargaan seumpama ini akan terpahat menjadi kenangan dan pengalaman buatnya.

    “Dalam saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pegawai tentera yang bernaung dibawah organisasi perang yang unik ini, tanpa disedari atau tidak disengajakan tentunya ada perkara yang melibatkan emosi dan mental yang terkesan baik kepada anggota bawahan mahupun pemimpin.

    “Justeru, saya secara peribadi dan bagi pihak keluarga memohon kemaafan kepada semua sekiranya ada tersalah perbuatan atau pun tersilap kata-kata, ujarnya.

    Lt Jen Dato’ Hj Azlan Abd Rahman menyeru agar seluruh warga TD dan warga RAMD terus berbakti kepada organisasi dicintai dengan penuh semangat, keikhlasan serta berjiwa kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

    Perbarisan perhargaan ini dilaksanakan dalam norma baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 1 RAMD yang diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 RAMD, Lt Kol Mohd Fuad Md Ghazali.

    Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining mengikut SOP bagi mengelak penularan COVID-19.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Yaacob Hj Samiran dan Panglima 2 Div merangkap Pengerusi RAMD, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad.

    Gambar: Pbt Mohamad Shukri Suhaimi dan Mohammad Nazif Mohd Zuki.