Tag: Kejohanan Tinju

  • Tinju Sukan Utama TD – PTD

    Tinju Sukan Utama TD – PTD

    MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengingatkan semua anggota yang terpilih mewakili Tentera Darat (TD) agar sentiasa mengekalkan stamina dan kecergasan bagi merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan.

    Beliau berucap ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Tinju Peringkat Formasi TD di Dewan Ramli, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 24 Jun 2022.

    Kejohanan ini bermula pada 20 hingga 24 Jun 2022 bertujuan untuk memilih wakil TD yang akan bertanding di peringkat ATM.

    Johan keseluruhan dinobatkan kepada Markas 21 Gerup Gerak Khas (MK 21 GGK) kategori Formasi TD manakala Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) memenangi Johan Keseluruhan Peringkat Div.

    Petinju Terbaik Keseluruhan Formasi TD 2022 dinobatkan kepada Kpl Mohd Shahrazi Sebri dari MK 21 GGK dan Petinju Berpotensi berjaya disandang oleh LKpl Muhammad Aminuddin Azizan dari Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD).

    Seramai 26 anggota terpilih bagi mewakili TD dalam Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan yang akan diadakan pada 28 Jun 2022.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo dan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Lt Jen Datuk Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Batalion Kelapan Rejimen Sempadan Johan Tinju 31 bgd

    SARAWAK: Kejohanan Tinju Peringkat Briged Ke-31 Infantri Malaysia telah dilaksanakan di Kem Junaco Park dengan Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) sebagai tuan rumah penganjuran pada 16 hingga 21 Jul 2018.

    Dalam kejohanan tersebut 1190513 Pbt Mohamad Nasarudin Ramlie dinobatkan sebagai Peninju Terbaik dari Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan manakala Petinju Berpotensi disandang oleh 1191162 Pbt Ronalex Anus dari Batalion Kelapan Rejimen Sempadan manakala johan keseluruhan juga telah di menangi oleh Batalion Kelapan Rejimen Sempadan.

    Upacara Penutup Kejohanan Tinju Peringkat Briged Ke-31 Infantri dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin diiringi oleh Pegawai Memerintah dan Pemerintah di bawah naungan.

    Di dalam ucapannya sukan tinju merupakan sukan yang amat sinonim dalam ketenteraan dan mengucapkan tahniah kepada para petinju yang terpilih mewakili Briged Ke-31 Infantri ke Kejohanan Peringkat 1 Div.

    Gambar: LKpl Francis Jindous