Bersama PemimpinSemasa

Warga Tentera Zon Terengganu bersama MENHAN

TERENGGANU: Seramai 40 pegawai serta 340 Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD Para), Rej 512 (AW), 23 Skn RAJD (AW) dan PALAPES UiTM Dungun termasuk ahli BAKAT yang berpangkalan di negeri Terengganu hadir dalam perjumpaan bersama Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di 18 RAMD (Para), Kem Sri Pantai pada 1 Mac 2018.

MENHAN dalam ucapannya menekankan kepentingan warga tentera dalam menjaga imej ATM di pandangan masyarakat sebagai organisasi yang paling dipercayai serta mengingatkan warga Tentera Darat negeri Terengganu serta terus berjuang mempertahankan negara.

Beliau juga turut menegaskan bahawa menjaga kebajikan warga ATM merupakan keutamaan beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Turut hadir Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Brig Jen Kehormat Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Gambar: Kpl Solman Samad

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online