Bersama PemimpinSemasa

Kol YDP RRD dan KPTD Berbuka Puasa Bersama Anggota

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kol Yang Dipertua RRD dan KPTD di Masjid Kem Wardieburn pada 26 Mei 2018.

Terdahulu keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh  Pengerusi RRD, Brig Jen Dato Md Din Hj Abu bersama Pengerusi KPTD, Brig Jen Hj Mislan Anuar di perkarangan masjid.

Selepas berbuka puasa baginda menyertai jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Maghrib serta Tarawih dan selesai solat majlis diteruskan dengan santapan.

Raja Perlis berkenan mengurniakan cek bernilai RM 60,000.00 kepada Pengerusi Yayasan Kol YDP RRD, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar untuk disumbangkan kepada 44 penerima sumbangan terdiri daripada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia, balu anggota tentera, anak istimewa dan anggota yang mengalami bencana alam seperti rumah terbakar.

Di akhir majlis, Pengerusi RRD dan Pengerusi KPTD mempersembahkan kek kepada Raja Perlis bersempena Hari Keputeraan baginda.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online