RencanaTragedi

Tragedi Kinabalu

Screen Shot 2015-07-09 at 12.46.12 PM[dropcap]T[/dropcap]anggal 5 Jun 2015 jam 0715, negara sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi yang melanda negeri Sabah. Peristiwa menyayat hati ini, pasti akan terpahat di ingatan rakyat dan keluarga mangsa apabila gegaran sekuat 5.9 pada skala Richter ini telah mengorbankan sekitar 18 pendaki Gunung Kinabalu terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura, Filipina, Jepun dan China.

Sehingga kini, dicatatkan sebanyak 11 kejadian gempa bumi yang melanda negeri di bawah bayu itu dan tiga daripadanya berlaku di Ranau, Sabah. Namun, bencana gempa bumi yang terbaru ini mencatatkan tahap kekuatan tertinggi yang pernah melanda negara.

OPS KINABALU

Ekoran dari kejadian ini, bagi tujuan menyelamat satu operasi khas diberi nama OPS Kinabalu telah diaktifkan. Operasi yang melibatkan pelbagai agensi ini adalah terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walau bagaimanapun, ketika usaha menyelamat hendak dilaksanakan, pelbagai kekangan dan kesukaran telah timbul disebabkan petugas kurang arif akan keadaan bentuk muka bumi dan cuaca yang buruk menyebabkan kumpulan penyelamat sukar untuk memberi bantuan dengan kadar segera.

Meskipun mengetahui tindakan menyelamat perlu dibuat sepantas mungkin, kumpulan menyelamat tidak boleh bertindak secara tergesa-gesa berikutan perancangan rapi merangkumi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Bantuan helikopter telah diaturgerak dengan penugasan membawa turun saki-baki mangsa. Namun begitu, usaha tersebut menemui kegagalan dan jalan buntu akibat kabus di sekitar gunung terlalu tebal serta waktu malam yang menghadkan jarak penglihatan juruterbang.

Setelah mengenal pasti segala halangan yang dihadapi, kumpulan penyelamat telah membuat perbincangan untuk mencari langkah penyelesaian bagi menjalankan operasi menyelamat dengan kadar segera.

TINDAKAN BERANI

11406798_1606720792941756_135906330950609691_nHakikatnya, meskipun mereka meyakini bahawa pasukan penyelamat akan tiba memberikan bantuan, namun memikirkan keadaan gunung yang sejuk dan perut yang lapar, sekumpulan malim gunung atau penunjuk arah Gunung Kinabalu telah membuat perancangan lain bagi membawa turun semua pendaki yang terselamat daripada gempa tersebut.

Meskipun tanpa sebarang persediaan yang rapi dan tiada peralatan yang lengkap dengan hanya berbekalkan keberanian dan kebijaksanaan mereka, seramai 173 pendaki berjaya dibawa turun. Ekoran tindakan berani ini, banyak nyawa berjaya diselamatkan. Kumpulan penyelamat yang sedang bersiap sedia di kaki gunung terkejut apabila melihat kelibat mangsa tiba di tempat mereka berlabuh.

Hanya tepukan dan sorakan kumpulan menyelamat sahaja yang berkumandang di kawasan itu kerana terlalu kagum dan sebagai tanda penghormatan di atas keberanian malim gunung dan kecekalan pendaki-pendaki tersebut. Berdasarkan laporan dan maklumat daripada malim gunung tersebut, operasi membawa turun mayat mangsa-mangsa dapat dilaksanakan dengan lancar.

PUNCA

Menjadi tanda tanya buat semua pihak apabila bencana ini berlaku memandangkan Malaysia berada pada Garisan Khatulistiwa dan Gunung Berapi Lipat Tua. Penjelasan serta perincian mengapa dan bagaimana gempa bumi ini berlaku telah dirungkai oleh Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Felix Tongkul dalam satu sesi soal jawab bersama Astro Awani.

Menurut beliau, kejadian gempa bumi di Ranau adalah berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plat utama dan negeri di bawah bayu itu terletak pada tenggara Plat Eurasia. Di sebelah timur pula terdapat Plat Filipina-Pasifik.

Plat ini bergerak sekitar 10cm setahun ke arah barat bertembung dengan Plat Eurasia. Di bahagian selatan Plat Australia bergerak ke arah utara dengan kelajuan sekitar 7cm per tahun. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000km dari jalur pertemungan plat, ia masih tetap menerima tenaga mampatan jarak jauh ini.

KEKAL DI INGATAN

Sepanjang tempoh bermulanya tragedi gempa bumi sehingga berakhirnya misi mencari dan menyelamat, banyak nyawa yang telah terkorban tragis bencana ini. Laungan dan tangisan mengiringi sepanjang proses membawa turun mayat mangsa gempa tersebut.

Pengorbanan malim gunung yang lebih mengutamakan nyawa orang lain daripada diri sendiri menjadi satu kebangaan dan junjungan rakyat. Bahkan, ada malim gunung yang menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap batu kerana tidak sempat mencari tempat berlindung setelah membantu kesemua pendaki berlindung di tempat yang selamat. Semoga jasa perwira yang tidak didendang ini akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

Gambar-gambar sekitar Op Kinabalu, ehsan dari Task Force 450.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online