Bersama PemimpinSemasa

MALBATT 850-4 Diaturgerakkan

KUALA LUMPUR: Seramai 850 anggota MALBATT 850-4 terdiri dari 76 Pegawai dan 774 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk dua Pegawai dan 28 Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terlibat dalam Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Penyerahan Bendera Malaysia serta penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-4 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan (Timb MENHAN), Dato’ Sri Mohd Johari Baharum bertempat di Pangkalan Udara Subang pada 7 Sep 2016.

Anggota MALBATT 850-4 menjalani latihan khusus selama tiga bulan merangkumi latihan perkhidmatan dan intergrasi atau Force Intergration Training (FIT) di Port Dickson mulai 6 Jun hingga 12 Ogos 2016 yang dikawal selia oleh Markas Angkatan Bersama (MK AB), MALBATT 850-4 mengantikan MALBATT 850-3 yang akan menamatkan misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat selama 12 bulan.

Dalam ucapan Timb MENHAN, beliau mengingatkan anggota MALBATT 850-4 supaya mengekalkan semangat kerjasama dalam satu pasukan dan juga memelihara tahap disiplin yang tinggi disamping mengekalkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai satu pasukan yang tinggi budi pekerti dengan mengekalkan imej negara Malaysia sejak penglibatan pada tahun 2007.

“Penglibatan ATM dalam melaksanakan misi di bawah panji-panji PBB adalah pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berterusan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme ATM dan menjadi tanggungjawab anggota MALBATT 850-4 memastikan pengiktirafan ini terpelihara demi memartabatkan maruah negara di persada antarabangsa.” Tegasnya.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Sri Hj Sabri Adam TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online