KEDAH: Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Bgd) telah menganjurkan Eksesais Satria Gagah Peringkat 6 Bgd yang dirasmikan oleh Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail bermula 8 Nov sehingga 17 Nov 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.
Latihan yang melibatkan seramai 57 pegawai dan 85 anggota Lain-Lain Pangkat ini bertujuan untuk menilai tahap keupayaan seorang pegawai dan anggota dalam menangani situasi dalam peperangan sebenar dan sekaligus merancang tindakan yang patut dilakukan dalam suatu situasi.
Dalam Ucapan Panglima 6 Bgd, beliau secara peribadi mengucapkan syabas kepada perserta yang terlibat kerana telah memanfaatkan peluang yang ada di dalam latihan dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan seorang pegawai mahupun lain-lain pangkat yang terlibat dalam latihan ini.