Semasa

RAMD dan KAGAT Terima Pengerusi Manakala KPD Terima Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengerusi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Pengarah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 21 Feb 2022.

Acara Serah Terima Tugas dimulakan dengan Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad menyerahkan tugas Pengerusi RAMD yang baharu kepada Mej Jen Dato’ Hj Muhammad Huzaimi Sabri.

Seterusnya, Pengerusi KAGAT, Mej Jen Hj Muhamad Azmi Wahab menyerahkan tugas dan tanggungjawab baharu kepada Mej Jen Hj Mohd Rashidi Bujai manakala Brig Jen Salenin Hj Salleh telah menyerahkan tugas sebagai Pengarah KPD kepada Brig Jen Abdul Aziz Abu Hassan.

Simbolik ketiga-tiga acara dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disempurnakan dihadapan PTD.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad.

Gambar: Pbt Muhammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online