Pengorbanan

Kecacatan Kekal Tidak Halang Kpl Hamzah Hassan (Bersara) Terus Berbakti

Nama Kpl Hamzah Hassan (B) mungkin bukanlah satu nama yang gah seperti beberapa nama besar dalam sejarah tanah air. Tetapi, beliau merupakan antara anggota tentera yang telah menyumbang keringat dan pengorbanan kepada tanah air ketika pengganas komunis sedang melakukan onar dan huru hara di dalam negara. 

Walaupun secara fizikal kelihatan seperti insan biasa, tiada sesiapa pun yang menyangka bahawa beliau merupakan antara veteran yang mengalami kecacatan kekal di bahagian kaki kanan iaitu putus kaki paras lutut akibat terkena jerangkap samar pengganas komunis ketika melaksanakan operasi di Gubir. 

Bagi mengikuti lebih lanjut pengalaman serta pengorbanan yang dicurahkan oleh Kpl Hamzah Hassan (B), ikuti wawancara wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Mohammad Shukri Suhaimi bersama jurugambar BTDM, Pbt Mohammad Fadzil Akirul. 

Kpl Hamzah Hassan (B) dilahirkan pada 14 Ogos 1954 di Kuala Lipis, Pahang dan menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis. Beliau menamatkan persekolahan pada tahun 1972 dan mengikut ayahnya merantau ke Kuala Lumpur iaitu di Kampung Congo yang kini dikenali sebagai Bandar Tun Razak. 

Beliau mula bekerja sebagai juruukur jalan raya selama setahun sebelum menceburi bidang ketenteraan. Ketika itu gaji yang diterimanya amatlah lumayan dan beliau selesa dengan pekerjaan tersebut. Namun atas desakan keluarga dan beberapa faktor beliau terpaksa berhenti kerja. 

Ketika itu, abang iparnya mencadangkan supaya Hamzah memohon untuk menjadi seorang anggota Polis tetapi mungkin belum rezekinya lagi. Beliau gagal dalam temuduga pemilihan polis disebabkan tidak menepati syarat ketinggian yang ditetapkan. Di situlah bermulanya kisah beliau dalam tentera. 

Pada suatu malam, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam bersama, tiba-tiba bapa Hamzah bertanyakan sesuatu kepadanya. 

“Kamu nak masuk askar tak?” soal ayahnya. Hamzah amat terkejut, terbantut hasratnya untuk meneruskan suapan. Beliau tidak menjawab namun membalas persoalan tersebut dengan soalan. “Kenapa bapak bertanya?” Tidak pernah terlintas sedikit pun di hatinya untuk memasuki tentera. 

“Kalau bukan orang muda macam kamu masuk askar, siapa lagi yang akan mempertahankan negara? Bapak sudah tua, inilah senapang patah yang telah meragut nyawa dua komunis pada suatu ketika dahulu,” jelas bapanya 

yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. 

Kata-kata bapanya telah membakar semangat Hamzah, lalu beliau bertekad mengabdikan dirinya ke alam tentera untuk membanteras komunis yang pada ketika itu giat mengancam ketenteraman negara. Walaupun beliau sedar keselamatan dirinya sentiasa dalam bahaya, namun Hamzah sanggup menyahut cabaran orang tuanya yang tidak putus-putus mendoakan keselamatannya. 

Dengan berkat doa orang tuanya, Hamzah berjaya lulus kesemua ujian sekaligus melayakkan dirinya menjalani pemilihan akhir di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10 Apr 1974. Ketika dalam latihan, beliau yang merupakan Squad Leader Platun 25 Kompeni Delta telah menerima anugerah Penembak Terbaik dan Kawad Terbaik dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda pada 10 Apr 1974. 

Beliau kemudian dihantar ke unit Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD) yang pada ketika itu terletak di Kem Simanggang, Sri Aman, Sarawak. Antara pegawai di 9 RAMD pada ketika itu ialah Kapt Mohd Zahidi Zainuddin yang menamatkan perkhidmatan sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-12 pada 30 Apr 2005. 

Sikap tekun dalam melakukan sesuatu perkara, komited, minat dan patuh arahan jurulatih telah menarik perhatian Pegawai Memerintah 9 RAMD. Hamzah ketika itu baru berkhidmat selama tiga bulan, namun atas sikap yang ditunjukkan, beliau telah diarahkan untuk melapor ke Kursus Kadar bagi kenaikan pangkat ke LKpl. 

Walaupun beliau merupakan anggota yang paling muda dalam kursus tersebut, Hamzah telah dilantik sebagai Ketua Perbarisan dalam Majlis Penutup Latihan Kursus Kadar serta dianugerahkan sebagai Penuntut Kursus Kadar Terbaik. Beliau sememangnya telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan pasukannya. 

Kejayaan LKpl Hamzah sememangnya dicemburui oleh segelintir pihak yang kurang senang melihatnya terlalu awal dinaikkan pangkat. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mara ke hadapan kerana kejayaan yang dikecapinya bukan datang secara bergolek, sebaliknya berkat hasil kesabaran dan usaha sepanjang bergelar sebagai anggota tentera. 

Pada tahun 1976, 9 RAMD diatur gerak ke Kem Kepala Batas, Alor Setar, Kedah bagi mengambil alih tugas 3 RAMD. Operasi pertama beliau di Gerik ditugaskan menjaga keselamatan kerja-kerja pembinaan empangan Temenggor kerana pihak komunis sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan projek tersebut. 

Selain menentang komunis, beliau juga sering berhadapan dengan haiwan-haiwan buas dan berbisa. Memang tidak dapat dinafikan pernah beberapa kali berlaku perkara mistik sepanjang pengalamannya terlibat operasi di dalam hutan. Namun berbekalkan ilmu perubatan Islam yang dipelajarinya di kampung, Hamzah dapat mengelakkan gangguan mistik dan merawat mangsa dengan keizinan Allah SWT. 

Sewaktu sedang menguruskan pentadbiran diri masing-masing, tiba-tiba kedengaran beberapa das tembakan di kawasan berhampiran di mana Polis Hutan telah diserang hendap oleh komunis. Hamzah diberi peranan sebagai Ketua Peninjau disebabkan kemahiran beliau dalam Ilmu Medan Perang (IMP). Pasukannya berkekuatan seramai 10 anggota telah diatur gerak ke lokasi kejadian bertindak sebagai pasukan penyekat. 

Selama 10 hari sembilan malam pasukan penyekat melakukan stand to di kawasan tersebut. 

Dan pada hari terakhir, komando tiba di lokasi kejadian dengan helikopter tatkala pasukan Hamzah melakukan fasa pengunduran. Komando bersama anggota peninjau orang asli melakukan serang hendap ke atas komunis dan berjaya merampas semula peralatan yang diambil komunis. 

Selain di Gerik, beliau dan pasukannya turut ditugaskan di kawasan Kroh yang merupakan antara kawasan hitam di utara tanah air. Kawasan hitam ditakrifkan sebagai kawasan di mana gerila komunis sedang bergiat aktif. 

Ketika ditugaskan di Kroh, pelbagai pengalaman telah dikongsikan oleh Hamzah. Antaranya muslihat yang digunakan oleh komunis bagi mengumpan anggota pasukan keselamatan untuk memasuki kawasan serang hendap. 

“Bayangkan sebatang pokok sebesar tiga empat pemeluk tumbang merentasi anak sungai dan sudah tentu menjadi harapan komunis agar kami meniti pokok tersebut,” kata Hamzah. 

Mereka membayangkan sekiranya mereka meniti batang pokok tersebut, sudah tentu gerila komunis akan melancarkan serang hendap kerana tiada perlindungan terdapat di lintasan tersebut. Namun, Hamzah dan kumpulannya memilih untuk tidak merentasi anak sungai itu. 

Hamzah turut berkongsi pengalamannya terlibat dalam Operasi SEDAR GUBIR IV di sempadan Kedah-Thailand pada Ogos 1978. Ketika berehat dari operasi, Hamzah dan pasukannya ternampak kelibat seseorang yang mencurigakan sedang melakukan pengintipan terhadap pangkalan tentera. Beliau bersama seorang anggota pasukan mula bergerak perlahan-lahan untuk menangkap lelaki yang disyaki pengganas komunis. Ketika menghampiri kedudukan, suspek terbabit berjaya melarikan diri. 

Walaupun begitu, pengganas terbabit berjaya ditangkap oleh anggota Pasukan Polis Hutan dari Senoi Praaq tidak jauh dari kawasan mereka. Hasil pemeriksaan, polis hutan telah menjumpai lukisan pelan kem tentera termasuk kedudukan kubu dan perimeter pertahanan. Komunis tersebut telah menyerah diri dan menyalurkan maklumat kedudukan kem komunis 50 kaki bawah tanah di sempadan. 

Hamzah segera melapor kepada ibu pejabat dan melancarkan beberapa serangan Mortar 81mm ke arah kem bawah tanah tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati pihak komunis terlebih dahulu melarikan diri meninggalkan kem tersebut. 

Namun, kehidupannya berubah apabila beliau terkena jerangkap samar semasa operasi tersebut. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat mengingati dengan tepat tarikh malapetaka berkenaan menimpanya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas. 

“Bila dah terkena jerangkap samar, saya lihat kaki kanan saya sudah berkecai dan kaki kiri cedera parah. 

“Saya buka kasut dan ikat tourniquet dengan ketat di sekeliling kaki untuk memberhentikan darah yang mengalir”, kata Hamzah. 

Ketika kejadian, Hamzah sudah bertunang dan akan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Setelah diberikan rawatan kecemasan, beliau dibawa keluar dari kawasan operasi dengan menggunakan teknik winching oleh Helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Hamzah kemudiannya dirawat di Hospital Alor Setar selama sebulan sebelum dipindahkan ke Rumah Sakit Angkatan Tentera. Walaupun kehilangan kaki kanan akibat jerangkap samar yang dipasang oleh komunis, ahli keluarga Hamzah melahirkan rasa bangga mereka terhadap pengorbanan yang dilakukan olehnya. 

Tunang Hamzah sendiri pun bangga dengan pengorbanan yang dicurahkan olehnya terhadap tanah air dan turut mengambil keputusan untuk meneruskan perancangan mereka bagi mendirikan rumah tangga. 

Selepas mengalami kecacatan kekal, Hamzah tetap meneruskan tugas beliau sebagai anggota tentera. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Kpl atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Kpl Hamzah meneruskan pekerjaan sehingga berpencen 21 tahun. 

Sebelum mengakhiri perbualan kami, beliau turut menggesa agar generasi muda untuk menghargai nikmat keamanan yang sedia ada. Ini terutamanya dengan melihat pengorbanan yang dilakukan oleh anggota tentera dan polis semasa negara masih dalam kancah insurgensi. 

“Perlu ingat bahawa ini adalah tanah air kita, sebaik-baiknya kita yang jaga. 

“Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi?” kata Hamzah ketika mengakhiri wawancara. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online