PersonalitiSudut Inspirasi

Tidak Ada Jalan Singkat Untuk Berjaya -Lt Kol Izdian Ayub (Bersara)

Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya, kerana setiap kejayaan yang telah dikecapi pada saat ini adalah merupakan berkat doa dan titisan keringat yang tidak berpenghujung demi mencapai cita-cita murni. Begitulah diibaratkan sifat tekad yang tidak berbelah bagi setiap insan yang ingin berjaya selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lt Kol Izdian Ayub (Bersara). 

Wawancara Berita Tentera Darat (BTDM), Sjn Nurulhaswani Ruzaini dan Jurugambar Pbt Mohammad Fadzil Akirul menemubual Lt Kol Izdian Ayub (Bersara), 43, yang berjaya dalam perniagaan takaful yang mana syarikat beliau dikenali sebagai Qanaah Millionaire Group Sdn Bhd yang merupakan wakil takaful, bernaung di bawah Etiqa Takaful, Ahli Kumpulan Maybank yang secara keseluruhannya mula beroperasi pada 1 Mac 2019 di Ayer Keroh Melaka. 

Pesara tentera yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini merupakan anak kedua daripada enam orang beradik yang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Melaka sebelum meneruskan persekolahan di SMK (A) Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka serta telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta iaitu, Kapt Khairina Che Man (Bersara) dan dikurniakan enam orang cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan. 

Beliau mula menyertai ATM setelah melayakkan diri bergelar Pegawai Kadet Siswa di Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 18 Mei 1997 dan mengikuti pengajian Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi). Di samping lulus pengajian, beliau berjaya mengharungi cabaran modul ketenteraan sebelum ditauliahkan ke Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja pada 27 Okt 2001 dengan pangkat Lt. 

Beliau juga merupakan graduan ATMA yang pertama lulus Kursus Asas Komando pada 21 Sep 2002 di mana Lt Kol Izdian Ayub (Bersara) menyertai Pasukan Khusus dan berkhidmat di Rejimen 11 Gerak Khas sebagai Ketua Terup pada 17 Feb 2003. 

Beliau menyertai Komando atas sebab minat yang mendalam sejak dari kecil serta ingin mencabar kemampuan diri dari segi mental dan fizikal di samping ingin mengikuti jejak arwah datuk saudaranya yang dikenali sebagai Pegawai Waran II Mamor Said PGB (Bersara). 

Kerana itulah beliau ingin berkhidmat dalam Rejimen Gerak Khas (RGK) dengan tujuan mengetahui tahap kemampuan diri sendiri kerana anggapannya bahawa manusia yang berani menghadapi cabaran akan menjadi seorang insan dan hamba yang lebih baik kerana kita akan menemui jawapan bahawa sehebat mana pun seseorang itu, hanya Allah S.W.T. yang berkuasa menentukan perjalanan kehidupannya. Sepanjang perkhidmatan, banyak ilmu dan pengalaman yang telah beliau perolehi dari senior-senior, mentor-mentor dan teman-teman seperjuangan yang sentiasa bersama dan menyokong di saat senang dan susah. 

Beliau turut mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu berkhidmat dalam ATM antaranya sewaktu menghadiri kursus Special Forces Officer Qualification di Amerika Syarikat di mana pada ketika itu beliau baru sahaja menyertai Rejimen Gerak Khas dan beliau terpilih menjalani kursus tersebut untuk bersaing dengan tentera Amerika Syarikat yang sememangnya terlatih dan professional. Dengan saiz fizikal yang kecil jika dibandingkan dengan mereka dan pengalaman yang tidak seberapa pada ketika itu beliau harus menggandakan usaha. Dengan berbekalkan kegigihan dan kekuatan mental beliau akhirnya berjaya menamatkan kursus tersebut. 

Sepanjang berkhidmat dalam ATM, beliau telah menghadiri kursus di dalam dan luar Negara antaranya, The Army Instructor Training – USAISTD di Fort Benning, Special Forces Officer Qualification Course – USAJFKSWCS di Fort Bragg dan Command and Staff College di Marine Corps University , Quantico. 

Walau bagaimanapun setelah 22 tahun berkhidmat dalam ATM beliau memutuskan untuk bersara pada tahun 2019 kerana ingin menguji diri dengan cabaran yang baharu iaitu dalam bidang perniagaan. 

Beliau memutuskan untuk menyertai perniagaan Takaful kerana berniat untuk menghindari riba serta ingin terus menyumbang bakti selepas bersara kepada masyarakat dan khususnya kepada golongan tentera dengan memberikan skim perlindungan yang dapat membantu mereka di saat yang tidak terduga. 

Dan pada masa ini, perniagaan yang beliau jalankan adalah merupakan sebuah Agensi Takaful yang memberikan perkhidmatan untuk Takaful Keluarga dan Takaful Am. Beliau menyifatkan bahawa insurans takaful pada masa ini boleh dianggap sebagai keperluan dan amat penting untuk pendidikan di masa hadapan bagi anak-anak, untuk perubatan keluarga serta dapat menjamin pendapatan sesebuah keluarga. 

Mengimbas kembali detik semasa beliau ditemuduga oleh pihak Etiqa Takaful, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Group Agency Director berdasarkan potensi yang dilihat serta latar belakangnya semasa berkhidmat dalam ATM. Beliau mengakui bahawa ilmu dalam ketenteraan banyak membantu beliau dalam menyelesaikan masalah. 

“Berdasarkan pengalaman berkursus semasa berkhidmat dalam ATM, setiap jurulatih akan memberikan kita satu situasi masalah dalam medan perang yang harus diselesaikan dan begitu jugalah dalam perniagaan takaful, kita kena memikirkan jalan penyelesaiaan dalam mencapai matlamat yang kita inginkan”, jelas beliau. 

Tambahnya lagi, banyak pengalaman dalam Komando yang beliau lalui menjadi pencetus kepada kejayaan beliau pada masa ini, kerana mental dan fizikalnya telah diasah sehabis baik sebelum mencari punca rezeki dalam dunia perniagaan. 

Bermula dengan seorang staf serta lapan orang wakil takaful, kini syarikat beliau beroperasi dengan lima orang Agency Director dan 47 orang wakil takaful. Majoriti wakil-wakil syarikat beliau adalah terdiri dari pesara tentera dan anak-anak pesara tentera. 

Di setiap kejayaan seseorang pasti ada insan yang sentiasa berdiri teguh di samping dan menjadi pendorong. Begitulah juga dengan Lt Kol Izdian yang sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada isteri tercinta, Kapt Khairina Che Man (Bersara), yang juga merupakan skuad beliau semasa di ATMA. Contohnya semasa pandemik COVID-19 tercetus, di mana perniagaan beliau pada ketika itu baru saja meningkat naik. Berkat doa dan tawakal serta sokongan daripada isteri dan anak-anak, beliau berjaya mengharungi cabaran dan membawa perniagaan sehingga mengecapi kecemerlangan dan dianugerahkan sebagai Million Dollar Round Table semasa Agency Dinner & Award Presentation pada tahun 2020 dan 2021 serta mampu melahirkan dua orang Million Dollar Round Table (MDRT). Karier beliau dalam perniagaan Takaful tidak habis di sini sahaja kerana pada masa hadapan beliau akan terus mengorak langkah demi mencapai matlamat dan meningkatkan lagi kecemerlangan. 

Dengan menginspirasikan seorang yang menjalankan perniagaan syarikat penerbangan iaitu, Datuk Tony Fernandez yang berlatar belakangkan muzik beliau juga yakin bahawa seorang bekas pegawai komando juga boleh berjaya dalam perniagaan Takaful. 

Pada masa kini, beliau turut berhasrat untuk merekrut lagi wakil-wakil baharu dan melebarkan sayap perniagaan. Beliau memfokuskan dari kalangan pesara atau anak-anak tentera kerana nilai disiplin yang telah diterapkan, kerana pada beliau usaha gigih serta disiplin yang telah diterapkan dalam tentera sudah memadai bagi menjamin kesejahteraan hidup dan memudahkan kita menjalani kehidupan dengan dunia luar. 

Beliau berharap agar golongan muda pada masa kini sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan, dan berusaha menjadi insan yang cemerlang dari sudut akhlak, pekerjaan dan apa jua bidang yang diceburi. Motto beliau ‘negara yang cemerlang bermula dari individu yang cemerlang’. Di masa yang sama, beliau turut mengingatkan bakal-bakal pesara dan anggota yang masih berkhidmat untuk sentiasa menjaga nama baik ATM dan menunjukkan sikap profesionalisme dan menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera. “Jika kita sendiri tidak memartabatkan ATM, siapa lagi”, tegasnya. Beliau juga turut menegaskan bahawa dirinya sentiasa memegang teguh sumpah perajurit komando yang ke dua belas. “Saya akan mengharumkan nama Beret Hijau dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memakainya hingga akhir hayat saya,” ikrar Lt Kol Izdian. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online