PersonalitiSudut Inspirasi

Konsep Mesra Pelanggan, Kunci Kejayaan Gwany Enterprise – PW I Wan Zamri Wan Abu Bakar (Bersara)

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, perumpamaan ini sesuai untuk menggambarkan kejayaan seorang bekas anggota tentera yang telah berpencen dan menceburi dunia perniagaan setelah berjaya menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau tanpa mengenal erti jemu dan berputus asa mengusahakan bidang perniagaan yang telah dipilih untuk menampung kehidupan keluarganya. 

Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” Dalam ayat yang lain Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10. 

Kejayaan yang hadir memerlukan usaha, tenaga dan pengorbanan yang tinggi kerana semua itu tidak akan datang dengan sendiri. Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja mampu sampai ke anak tangga terakhir. Begitulah sifat yang boleh digambarkan kepada pesara tentera ini. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah seorang pesara tentera yang berjaya ini, ikuti wawancara khas Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) Mohammad Nazif Mohd Zuki dan Jurugambar Pbt Muhammad Shukri Suhaimi menemubual PW I Wan Zamri Wan Abu Bakar (B) yang kini mempunyai syarikat percetakan Gwany Enterprise di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Pemuda kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini bukanlah berasal dari golongan keluarga yang berada. Melihat nasib keluarganya yang agak susah membuatkan beliau mempunyai cita-citanya tersendiri iaitu membantu mengubah nasib mereka semua. 

Atas alasan tersebut, PW I Wan Zamri Wan Abu Bakar (B) mengambil keputusan dengan memasuki bidang tentera pada Feb 1988 dan mendapat latihan ketenteraan di Port Dickson yang kini dikenali sebagai Pusat Asas Latihan Tentera Darat (PUSASDA) selama enam bulan bagi membentuk peribadi sebagai seorang anggota tentera yang berdisiplin. 

Selepas menamatkan latihan, beliau memulakan tugasnya sebagai seorang anggota tentera dengan melapor diri di Rejimen Ke-31 Artileri Diraja pada ketika itu di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun dengan jawatan terakhir yang disandang olehnya adalah PW I di Grup Artileri Pertahanan Udara. 

Menyentuh serba sedikit keperibadian PW I Wan Zamri Wan Abu Bakar (B), beliau sememangnya seorang yang peramah dan mudah bergaul. Oleh itu, tidak hairanlah sikap beliau disenangi dan disukai oleh semua pihak yang berada di sekelilingnya. 

Mengimbas kembali detik awal permulaan perniagaan beliau dalam bidang ini adalah ketika sedang mengikuti latihan peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT), Kem Sungai Buloh dalam bidang grafik dan percetakan selama 18 bulan. Semasa mengikuti kursus di PERHEBAT, timbulnya minat untuk membuka perniagaan percetakan ini pada tahun 2010 yang dinamakan sebagai Gwany Enterprise. 

Bermodalkan wang persaraan sebanyak RM 60,000.00 beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan berpegang kepada konsep tidak mahu bekerja dengan orang lain. Dengan wang tersebut PW I Wan Zamri Wan Abu Bakar (B) membuka, mengubah suai kedai dan membeli peralatan dengan harapan biarlah perniagaan ini merupakan asbab punca rezekinya dalam menampung kehidupan mereka sekeluarga. 

“Perniagaan ini mula bertapak dengan mempunyai satu mesin namun kerana tiada pengalaman dalam bidang percetakan mesin yang dibeli mulai rosak dan langkah terakhir yang digunakan ialah dengan membuat pinjaman di bank untuk membeli mesin yang baru bagi menampung proses percetakan” ujarnya. 

Kemudian, beliau memohon pinjaman dengan TEKUN untuk membeli mesin yang lebih kecil dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun bertambah kerana kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan. 

Perniagaan PW I Wan Zamri kini merangkumi perkhidmatan Banner, Signboard, Name Card, Backdrop Banner dan sebagainya. Perkhidmatan yang ditawarkan olehnya menjadi tumpuan bagi orang awam dan anggota tentera di sekitar untuk mendapatkan servis yang ditawarkan kerana kualiti dan harga yang berpatutan. 

Kini perniagaannya telah menjangkau usia 12 tahun, beliau mempunyai prinsip yang tersendiri bagi mengekalkan perniagaan terus teguh dan kekal beroperasi iaitu dengan mementingkan konsep cepat dan mesra pelanggan agar beliau terus melangkah sebagai usahawan yang berjaya. Kepuasan pelanggan merupakan keutamaan yang sentiasa beliau titik beratkan. 

Setiap kejayaan yang dikecapi sudah tentu adanya cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui, namun di sebalik kejayaan ini berdiri teguh seorang isteri yang menjadi tulang belakang dan sentiasa memberi dorongan serta semangat kepada PW I Wan Zamri untuk terus kekal maju dalam perniagaannya. Apabila beliau sibuk menguruskan perniagaan, isterinya pula memberi tumpuan menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga. 

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Kamariani Suati Tapah dan dikurniakan enam cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan. Isterinya turut memainkan peranan yang sangat penting dalam perniagaan yang diusahakannya di mana beliau adalah pembantu, penasihat dan sebagainya dalam membantu PW I Wan Zamri menguruskan perniagaan. 

Selain itu, beliau turut dibantu oleh empat orang pekerja yang mempunyai kemahiran dari segi grafik dan percetakan. Hari demi hari perniagaan yang diusahakan ini berkembang dengan jayanya berkat keazaman yang tinggi untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik selepas bersara. 

“Pesan saya kepada bakal-bakal pesara, buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berani untuk mencuba sesuatu yang baharu. Setiap langkah yang dilakukan dalam sesuatu perkara sudah tentu mempunyai risiko yang tersendiri namun kejayaan itu memerlukan pengorbanan serta usaha yang berterusan,” nasihat PW I Wan Zamri sebelum mengakhiri perbualan. 

Tambah beliau lagi kepada bakal-bakal pesara tentera, mereka boleh merancang awal dan berfikir apakah jenis perniagaan atau bidang yang manakah akan diceburi setelah menamatkan perkhidmatan kelak. Ambillah peluang ketika berkursus di PERHEBAT serta gunakanlah peluang itu dengan sebaik mungkin. Banyak ilmu pengetahuan yang beliau pelajari semasa berkursus di PERHEBAT dan semestinya usia bukan faktor penghalang untuk seseorang itu menuntut ilmu. 

Pengajaran yang dapat diambil dan dicontohi daripada kisah kejayaan PW I Wan Zamri adalah kejayaan yang ingin dicapai memerlukan usaha yang tidak kenal jemu kerana kejayaan tidak datang dengan sendirinya. Meskipun dunia ketenteraan dan awam berbeza namun ia bukanlah penghalang dalam mencapai cita-cita. Apa yang penting, jangan terlalu ghairah untuk mengejar kejayaan sehingga tergelincir daripada landasan yang sebenar.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online