JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan kesiagaan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) Tentera Darat (TD) melaksanakan Eksesais Panah Jaguh melibatkan seramai 79 pegawai dan 661 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bertempat di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok pada 8 Jun 2024.
Terdahulu, setelah ketibaan PTD beliau telah diberikan taklimat berkenaan pelaksanaan eksesais oleh Panglima GAPU, Brig Jen Azhar Mustapha sebelum dimulakan dengan segmen simulasi serangan udara terhadap aset-aset taktikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam eksesais ini beberapa aset TD turut terlibat antaranya adalah Meriam Oerlikon 35 MM yang mana senjata ini bekerja secara automatic sepenuhnya dan boleh dikendalikan secara manual, senjata ini mampu menembak 1100 butir dalam masa seminit digunakan untuk menangkis sasaran di udara sama ada kapal terbang, UAV, helikopter dan boleh digunakan untuk menembak sasaran bumi termasuk sasaran di laut.
Seterusnya, Misil Starstreak Rapid Ranger yang mempunyai kelajuan 3700 KM sejam diintergrasikan dengan Radar CM200 yang boleh mengawasi dalam lingkungan jarak 250 KM.
Dalam masa yang sama, eksesais ini turut melibatkan Gempita 30 MM, ACV 300 Adnan 25 MM, G-Wagon HMG 12.7 MM, GK MK 1 Gatling Gun 7.62 MM, GPMG 7.62 MM serta Sniper Barret 12.7 MM.
Selesai eksesais, PTD bersama-sama Pegawai Kanan TD yang lain turut berkesempatan menembak sasaran udara dengan menggunakan persenjataan yang sama semasa eksesais.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dto’ Tengku Muhammd Fauzi Tengku Ibrahim, Pangkima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.
Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir