Bersama PemimpinLawatanMINDEFSemasa

Lawatan Rasmi Australian COA

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menerima Kunjungan Hormat daripada rakan sejawatnya iaitu Australian Chief of Army (COA), Lt Gen Simon Stuart di pejabatnya pada 10 Jun 2024.

Sejurus ketibaan Australian COA di Dataran Wisma Pertahanan, beliau disambut oleh PTD lalu menerima tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

PTD kemudian mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada para pegawai kanan Tentera Darat (TD) sebelum meneruskan acara Kunjungan Hormat serta menandatangani buku lawatan.

Dalam rangka lawatan ini turut diadakan sesi taklimat dua hala dimana kedua-dua angkatan tentera berbincang serta bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan, kerjasama strategik, latihan bersama dan hal-hal berkaitan pertahanan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online