AgamaBersama PemimpinSemasa

243 Warga ATM Menunaikan Ibadah Haji

KUALA LUMPUR: Seramai 243 jemaah haji bersama seorang Pengurus Operasi, enam orang Mutawwif dan tiga Pegawai Perubatan terlibat dalam Majlis Pelepasan Jemaah Haji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH pada 10 Jun 2024.

ATM telah melantik tiga agensi yang berbeza iaitu Barakah Umhaj Travel and Tours Sdn Bhd, Tri-D Travel and Tour Sdn Bhd dan MIMM Travel and Tours Sdn Bhd untuk menguruskan serta melancarkan pengurusan ibadah haji kesemua 253 Dhuyufurrahman yang akan berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Suci Mekah pada tahun ini.

Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi melalui Penasihat Pertahanan, Kedutaan Arab Saudi telah bekerjasama mendapatkan kuota visa bagi membolehkan warga ATM, veteran ATM serta Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan menunaikan Rukun Islam yang kelima ini.

PAT dalam ucapannya menekankan kepentingan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak tabung haji dan pihak berkuasa serta berpesan agar semua jemaah menjaga keselamatan diri dan beribadah dengan bersungguh-sungguh supaya segala amalan diterima Allah dan mendapatkan haji yang mabrur.

Dalam majlis ini, PAT turut menyampaikan Kit Bag Peralatan serta ubat-ubatan kesihatan kepada wakil pegawai perubatan yang dilantik bagi memastikan jemaah haji ATM mempunyai kelengkapan yang cukup.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Hj Ayob, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir dan Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online