LatihanSukan

Tim Olahraga Terima Bendera TD

KUALA LUMPUR: Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat (AKS OPLAT), Mej Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman telah menyempurnakan acara Penyerahan Bendera Tentera Darat (TD) kepada Tim Olahraga yang diadakan di Dewan Dato’ Jamil, Kem Perdana Sungai Besi pada 13 Sep 2024.

Beliau menyerahkan Bendera TD kepada Pengerusi Olahraga TD, Brig Jen Mohd Raslam Hj Dollah yang akan mengetuai kontinjen Olahraga TD di Kejohanan Olaharaga Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2024 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut bermula 24 hingga 26 Sep 2024.

Pada kejohanan kali ini, TD akan mempertaruhkan seramai 115 terdiri dari pegawai dan anggota yang telah dipilih semasa kejohanan olahraga TD yang lalu mengikut kategori masing-masing.

Dalam ucapan AKS OPLAT, beliau menyampaikan hasrat Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Sukan TD bahawa TPTD menyasarkan 39 Pingat Emas, 49 Pingat Perak dan 43 Pingat Gangsa pada kejohanan kali ini serta beliau juga mengharapkan TD akan merangkul johan keseluruhan.

“Besarlah harapan saya agar para atlet dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung bagi mencapai keputusan yang cemerlang dan menepati sasaran pingat yang telah ditetapkan”.

“Oleh itu, gunalah peluang ini dengan sebaiknya untuk bersaing bagi melayakkan diri mewakili ATM dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat kebangsaan nanti,” tegasnya.

Dalam nada yang sama, beliau juga berpesan agar Tim Olahraga TD memberikan seratus peratus komitmen pada setiap acara yang dipertandingkan serta bersaing dengan penuh semangat kesukanan dan jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan lawan.

Gambar: Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir dan Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online