SemasaSukan

TD Muncul Naib Johan Kriket ATM

SELANGOR: Tim Kriket Lelaki Tentera Darat (TD) muncul naib johan dalam Kejohanan Kriket Antara Perkhidmatan Tahun 2024 selepas tewas kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 24 Okt 2024.

Dalam perlawanan akhir format 50 overs itu, TD memilih untuk melakukan pukulan terlebih dahulu namun hanya berjaya mencatat 122 larian dalam 41.1 overs dengan pemain utama yang menyumbang larian iaitu Kpl Muhammad (22) dan Kpl Iqbal Azan (25).

Balingan hebat daripada pemain TUDM diketuai oleh F Sjn Mohd Shukri Abdul Rahim yang mengambil tiga wiket dan Sjn U Abdul Rashid Ahad yang berjaya menjatuhkan dua wiket menjadi faktor utama dalam mengehadkan kutipan larian pasukan TD.

TUDM kemudian tampil dengan aksi dominan apabila dengan mudah mengejar sasaran 123 larian dalam hanya 10.3 overs tanpa kehilangan banyak wiket dimana F Sjn Mohd Anwar Arudin mencatatkan 73 larian dan Sjn U Mohamad Norwira Zazmie Abdul Halim dengan 31 larian sekaligus memastikan TUDM merangkul juara dengan kelebihan sembilan wiket.

Acara penyampaian hadiah dan piala pusingan akan dilaksanakan dalam majlis penutup yang berlangsung esok selepas perlawanan akhir wanita di antara TUDM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut hadir, Pengerusi Kriket TUDM, Brig Jen Norazman Ismail dan Pengerusi Kriket TD, Kol Mohd Adlan Adnan.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online