SemasaTrup TD

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 10 Bgd Para

MELAKA: Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia Para (MK 10 Bgd Para) mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat 10 Bgd (Para) tahun 2017 yang diadakan di Masjid As-Syuhada yang disempurnakan Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku pada 8 Dis 2017.

Sambutan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta perarakan yang bermula di Padang Pavillion, Terendak dan berakhir di Masjid As-Syuhada melibatkan warga 10 Bgd (Para) staf tadbir awam dengan membawa sepanduk mengikut kontinjen pasukan masing-masing.

Turut diadakan Program Forum Bual Bicara Maulidur Rasul, Pameran Agensi Islam serta pertandingan sepanduk terbaik dan kontinjen terbaik yang mana Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD Para) dinobatkan sebagai johan bagi kedua-dua acara tersebut dengan pemenang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan diadili juri yang dilantik.

Turut hadir Ketua Staf Am 10 Bgd Para, Lt Kol Samad Igom dan Pegawai Memerintah dan Pemerintah dari naungan 10 Bgd Para.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online