3 DivSemasa

RAD Di Usia 58 Tahun

NEGERI SEMBILAN: Seramai 40 Pegawai dan 600 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Artileri Diraja (RAD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun RAD Ke-58 yang disempurnakan oleh Pengerusi RAD, Brig Jen Dato’ Razali Mohd Regan bertempat di Padang Kawad 51 RAD pada 15 Ogos 2015.

Perbarisan di ketuai oleh Lt Kol Ahmad Bakri Hj Abdullah yang melibatkan lima Kontijen terdiri dari Pemerintahan Markas Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU), MK Bgd Artileri Roket, MK Artileri Div 2 Div, MK Artileri Div 3 Div dan pasukan Artileri di bawah pemerintahan MK 10 Bgd Para.

Dalam ucapan Pengerusi RAD beliau menegaskan kepentingan perkhidmatan melebihi kepentingan peribadi dan hendaklah menjadi teras utama warga RAD dalam mengharungi pelbagai cabaran dan RAD sentiasa berusaha ke arah memartabatkan kerukunan dan fundamental ketenteraan dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sejajar dengan TD merupakan tonggak utama pertahanan negara.

Semua lapisan pemerintahan warga RAD hendaklah membudayakan latihan sebagai rukun ketenteraan yang tidak boleh luntur demi melahirkan warga tentera yang terlatih, berpengetahuan, berinovatif dan serba boleh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam pelbagai persekitaran yang multi dimensional,” katanya.

Turut hadir Panglima GAPU, Brig Jen Dato’ Yusri Hj Anwar, Komander Artileri Div 3 Div, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh, Mantan Pengerusi RAD Ke-3 dan Pesara-pesara RAD.

Gambar: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online