Semasa

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS SM), Ketua Pegawai Semboyan dan Pengerusi Kor Perkhidmatan Am (KPA) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 27 Jun 2022.

Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas KS TD melibatkan Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo dan Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, manakala Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi menyerahkan tugas AKS SM kepada Mej Jen Azhan Hj Md Othman.

Acara diteruskan dengan Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Semboyan di antara Mej Jen Dato’ Ahmad Saifuddin Talha dengan Brig Jen Tuan Azharan Tuan Putra manakala Serah Terima Tugas Pengerusi KPA di antara Mej Jen Dato’ Nazri Abu Bakar dengan Brig Jen Zamzuri Harun.

Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online