Bersama PemimpinSemasa

Penyerahan Gading Realisasi Harapan Allahyarham Brig Jen Dato’ Mahmud Yusoff (Bersara)

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbesar hati menerima gading yang diserahkan oleh waris Allahyarham Brig Jen Dato’ Mahmud Mohd Yusoff (B) bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 16 Ogos 2022.

Majlis ini diadakan bagi mengabadikan wasiat Allahyarham Brig Jen Dato’ Mahmud berupa dua pasang gading yang telah dijaga rapi oleh Allahyarham kepada Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) dan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD).

Menyingkap kembali sejarah mengenai Brig Jen Dato’ Mahmud, Allahyarham ditauliahkan pada 5 Feb 1953 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Platun di 4 RAMD.

Allahyarham Brig Jen Dato’ Mahmud juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Kompeni C 4 RAMD yang diberi tanggungjawab mengawal beberapa bangunan penting dan melaksanakan rondaan bagi mengelakkan kejadian keganasan berlaku di Congo pada tahun 1960.

Allahyarham Brig Jen Dato’ Mahmud yang mempunyai minat dalam mengumpulkan barang-barang sebagai koleksi peribadi telah membawa pulang dua pasang gading gajah sebagai kenangan beliau berkhidmat di Congo.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan persembahan montaj yang berkisarkan perjalanan perjuangan dan pencapaian Allahyarham Brig Jen Dato’ Mahmud sepanjang perkhidmatannya.

Seterusnya, PTD menyaksikan Majlis Upacara Penyerahan Cenderahati Gading yang disampaikan oleh Balu Allahyarham, Datin Aiwa Mohamed kepada Panglima 3 Bgd dan Pegawai Memerintah 4 RAMD serta penyampaian cenderahati balas daripada kedua-dua pihak sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Mohamad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Marzuki Muhammad dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi dan Riffat Mohd Yusof

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online