Tag: Panglima Tentera Darat

  • Perutusan Perintah Ulung PAT Ke-22

    Perutusan Perintah Ulung PAT Ke-22

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyempurnakan Perbarisan Perutusan Ulung PAT Ke-22 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 23 Okt 2023 setelah perlantikan beliau sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Perbarisan melibatkan seramai 40 Pegawai dan 1,158 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) merangkumi 12 detasmen yang terdiri daripada enam detasemen Tentera Darat (TD), tiga detasemen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga detasemen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat helikopter ATM iaitu dua buah helikopter EC-725 TUDM, helikopter Fennec TLDM dan helikopter A-109 TDM yang membawa bendera ATM, TD, TLDM dan TUDM yang diketuai oleh Mej Khairul Ridhuan Ramlee TUDM. Perbarisan juga turut diiringi oleh Pancaragam Gabungan ATM di bawah pimpinan Lt Amirul Shafiq Abdul Aziz.

    Perutusan yang disampaikan oleh PAT menggariskan empat teras falsafah pemerintahan dalam mendukung semangat kebersamaan dan tidak menyongsong arus secara sendiri untuk menjadi sebuah organisasi.

    Empat teras Perintah Ulung PAT seiring dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang berkeinginan untuk menjadikan ATM sebuah Angkatan Masa Hadapan bercirikan kesepaduan, tangkas dan berfokus menjelang Tahun 2030. Teras tersebut merangkumi empat penekanan iaitu, teras pertama Memperkasakan Keupayaan Dan Kesiagaan Menuju Angkatan Masa Hadapan, teras kedua Melaksanakan Transformasi Operasi, Latihan Dan Doktrin, teras ketiga Menggilap Modal Insan Angkatan Yang Positif Dan Progresif Secara Holistik dan teras keempat Memperkasakan Gagasan Bersepadu Tentera Dan Rakyat. Justeru, PAT mengajak setiap warga ATM untuk bersama-sama menjana buah fikiran dan menggembleng daya usaha dengan penuh kesetiaan, keazaman dan komitmen demi menentukan kecemerlangan ATM.

    Terdahulu, PAT telah mengambil Tabik Hormat serta memeriksa perbarisan menggunakan Kenderaan Perisai 8×8 GEMPITA.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Panglima-Panglima Formasi dan pegawai kanan ATM.

  • Penstrukturan Semula ATM Menjadi Angkatan Masa Hadapan – PAT

    Penstrukturan Semula ATM Menjadi Angkatan Masa Hadapan – PAT

    PERAK: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyatakan bahawa komponen terpenting bagi tonggak strategi pertahanan giat dilaksanakan dalam membina Angkatan Masa Hadapan sebagai perisai negara berpaksikan postur bersepadu, tangkas dan berfokus.

    “ATM juga telah melancarkan Pelan Strategi Ketenteraan Negara 2.0 sebagai dokumen strategi tertinggi ATM.”

    “Melalui pelan strategi baharu, ATM akan distruktur semula menjadi sebuah Angkatan Masa Hadapan dengan kredibiliti yang menepati kemajuan teknologi, cabaran masa depan dan menepati ekspektasi rakyat.”

    “Keupayaan ketiga-tiga perkhidmatan akan dipertingkatkan secara holistik dan berpegang kepada trilogi 3M iaitu Man, Machine and Method.”

    Tambah PAT lagi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menggalas peranan sekunder khususnya semasa aman bertepatan dengan salah satu Moto Tradisi ATM iaitu Tentera Dan Rakyat Berpisah Tiada.

    “Bagi menyokong negara ke arah Malaysia yang lebih berdaulat, selamat dan makmur, sinergi elemen Whole of Government and Whole of Society (WOGOS) sentiasa dipraktikkan dan tanggungjawab dalam Military Operations Other Than War (MOOTW) bagi membantu pihak berkuasa awam sentiasa dilaksanakan tanpa berbelah bahagi.”

    Demikian sebahagian perutusan PAT, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman semasa menyempurnakan Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Keupayaan ATM Sempena Hari ATM Ke-90 bertempat di Perkarangan dan Jeti Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat pada 10 Okt 2023.

    Sambutan kali ini juga agak berbeza berbanding tahun sebelumnya di mana pada tahun ini hadirin dipertontonkan dengan Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Keupayaan ATM yang melibatkan kira-kira 1500 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM diiringi Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Leftenan Komander Mohd Shamram Ramli TLDM.

    Perbarisan Tempur Statik diketuai oleh Kept Muhammad Haziq Abdullah TLDM melibatkan empat kontinjen terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Gabungan Pasukan Khas berkekuatan seramai 30 pegawai dan 306 anggota LLP serta menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat helikopter ATM yang membawa bendera TDM, TLDM dan TUDM yang diketuai oleh Mej Khairul Ridhuan Ramlee TUDM.

    Demonstrasi Keupayaan ATM yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu TDM, TUDM dan TLDM secara tidak langsung mempamerkan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas utamanya dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

    Pada masa yang sama, keupayaan yang ditonjolkan memperlihat dan menonjolkan keyakinan kepada rakyat bahawa kesiagaan ATM terhadap tugasan utamanya tidak terjejas walaupun ATM kini turut juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan tugas sekundernya dalam membantu Negara.

    Antara aset yang terlibat dalam segmen Demonstrasi Keupayaan ATM ialah Kenderaan Perisai AV8 Gempita, Kenderaan Berperisai Berantai ACV 300 Adnan,Kenderaan Pelancar Roket Igla SLU, Kenderaan Pelancar Roket Astros II, Helikopter Agusta LOH A109, Helikopter MD 530G, Supacat ATMP dan Kenderaan Pengangkut Senjata VAMTAC S3 MK 19 dari TDM, Helikopter AW 139 (HOM), Helikopter Super Lynx, Helikopter Fennec, Fast Combat Boat (FCB) dan Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dari TLDM, Pesawat Pengangkut C-130 Hercules, Pesawat Tempur Hawk 108/208, Helikopter EC 725 dan Kenderaan Pelancar Misil Starstreak dari TUDM selain penglibatan pegawai dan anggota LLP dari Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

    Perbarisan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kesiagaan PAT merupakan anugerah tertinggi di dalam ATM yang diberikan kepada Formasi atau Bgd terbaik bagi TD, Pasukan terbaik bagi TLDM dan Pangkalan Udara terbaik bagi TUDM.

    Penerima Anugerah Kesiagaan PAT menerima piala pusingan serta wang tunai sebanyak RM 5,000 dan dianugerahkan kepada 21 GGK, Angkatan Kapal Selam dan Pangkalan Udara Kuantan.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizzudeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Hari ATM Ke-90

    Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Hari ATM Ke-90

    KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Solat Jumaat Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-90 di Masjid Khalid Al-Walid pada 29 Sep 2023.

    Majlis dimulakan dengan ketibaan SPB YDP Agong disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

    Acara diteruskan dengan bacaan yasin, tahlil dan khutbah khas yang dipimpin oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi Bujai sebelum diakhiri dengan solat jumaat.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan pegawai-pegawai kanan ATM.

  • Program Hiwar Perdana dan Kesenian Islam

    Program Hiwar Perdana dan Kesenian Islam

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menghadiri Majlis Hiwar Perdana dan Kesenian Islam Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-90 yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 21 Sep 2023.

    Terdahulu, ketibaan PAT disambut oleh Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad bersama Panglima-panglima perkhidmatan.

    Program Hiwar Perdana dimulakan dengan ceramah yang bertajuk ‘Agama Dipelihara, Perpaduan Terjaga’ yang disampaikan oleh dua tokoh dakwah pendakwah bebas iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Ustazah Nazirah Abu Bakar.

    Seterusnya, majlis diteruskan dengan sumbangan daripada Pihak Etiqa Takaful Sdn Bhd dimana 30 orang pelajar terdiri daripada anak-anak warga ATM yang cemerlang dan bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi. Majlis disempurnakan oleh PAT.

    Program diakhiri dengan cabutan bertuah dan memotong kek Hari ATM Ke-90 sebelum diteruskan dengan jamuan makan tengahari.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizzuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain.

  • Hari Pertama PTD Ke-30 Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan

    Hari Pertama PTD Ke-30 Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan

    KUALA LUMPUR: Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30 telah memulakan tugas secara rasminya sebagai PTD baharu di Wisma Pertahanan pada 7 Sep 2023.

    Beliau telah mengambil alih tugas daripada mantan PTD Ke-29, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman pada 6 Sep 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-21, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

    Terdahulu, ketibaan PTD diperkarangan Wisma Pertahanan disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim untuk menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri dan diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

    Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan kemudian dibawa ke pejabatnya untuk diperkenalkan kepada pegawai dan anggota LLP sebelum diakhiri dengan menandatangani Nota Mula Tugas PTD.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Muhamad Shafirin Md Radzi dan Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman Dilantik PAT Ke-22

    Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman Dilantik PAT Ke-22

    KUALA LUMPUR: Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman secara rasminya menjadi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22 selepas berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di Auditorium Wisma Pertahanan pada 6 Sep 2023.

    Majlis dimulakan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas di antara PAT Ke-21, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan PAT Ke-22, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkuatkuasa pada 6 Sep 2023.

    MENHAN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM atas sumbangan khidmat bakti dan kegigihannya sepanjang perkhidmatan sehingga dapat meningkatkan kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Majlis kemudian diakhiri dengan upacara Street Lining oleh seluruh warga tentera yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mantan PAT Ke-21.

    Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir dan Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & Saiful Hakimi Zainon.

  • Setiap Warganegara Mempunyai Peranan – PTD

    Setiap Warganegara Mempunyai Peranan – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyatakan bahawa tugas memelihara kedaulatan dan keamanan negara bukan terletak di bahu tentera sahaja, malah ianya menjadi tanggungjawab seluruh ahli masyarakat untuk berganding bahu mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara.

    “Selaku Panglima Tentera Darat, saya mengalu-alukan penyertaan masyarakat awam dalam angkatan sukarela untuk membantu Tentera Darat (TD) melaksanakan peranan dan tanggungjawab.

    “Berdasarkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) setiap warganegara mempunyai peranan dalam membantu memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara daripada sebarang ancaman,” tegas PTD.

    Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) di Wisma Perwira Tentera Darat pada 5 Sep 2023.

    Mendahului senarai, Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri yang dinaikkan ke pangkat Lt Jen dengan menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) manakala dua pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Norsham Md Tap yang menjawat jawatan Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia, Markas Tentera Darat (MK TD) dan Brig Jen Dato’ Hj Semaon Hj Marjuki yang menjawat jawatan AKS Operasi dan Latihan, MK TD.

    Seterusnya, PTD memakaikan pangkat Kol kepada 11 pegawai kanan berpangkat Lt Kol, lima pegawai tauliah kehormat AW dianugerahkan pangkat Kol Kehormat manakala 18 pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Lt Kol serta dua pegawai muda dipakaikan pangkat Lt M.

    PTD juga menitipkan pesanan bahawa kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan komitmen tinggi yang dicurahkan kepada organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, PMB TD, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sopi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf

  • Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 Melabuhkan Tirai

    Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 Melabuhkan Tirai

    PAHANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Penutup Eksesais (Eks) JUNGLE FALCON Siri 1/2023 melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United Arab Emirates Land Forces (UAELF) di Felda Sungai Pancing pada 16 Jul 2023.

    Ketibaan KDYMM SPB YDP Agong telah disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bagi menyaksikan pelaksanaan Eks berkonsepkan Peperangan Conventional Warfare (CW) melalui Operasi Mekanize.

    Eks JUNGLE FALCON yang bermula dari 4 hingga 20 Jul 2023 dengan penglibatan seramai 69 pegawai dan 652 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini dilaksanakan bagi memahirkan anggota tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menangani ancaman di kawasan persekitaran beriklim tropika.

    Majlis penutup kemudian disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim sebelum diakhiri dengan acara bergambar.

    Turut hadir, Chief Of Staff UAE Armed Forces, Staff Lieutenant General Eisa Saif Ablan Almazrouei dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Lawatan Rasmi PAT Republik Singapura

    Lawatan Rasmi PAT Republik Singapura

    KUALA LUMPUR:   Panglima Angkatan Tentera (PAT) Republik Singapura, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 12 Jul 2023.

    Sebaik ketibaan beliau di Dataran Wisma Pertahanan, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng disambut oleh PAT lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

    PAT kemudian mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneruskan acara kunjungan hormat di pejabat PAT serta menandatangani buku lawatan.

    Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng yang dilantik sebagai PAT Singapura pada 24 Mac 2023 telah bertemu dengan pemimpin tertinggi Kementerian Pertahanan, ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi membincangkan inisiatif pengukuhan hubungan ketenteraan yang sedia terjalin antara dua negara sejak sekian lama.

    Majlis diakhiri dengan PAT Republik Singapura, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng bersama rombongan bergerak ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan Aris.

    Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Saifun Hakimi Zainon.

  • Fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Dinaik Taraf

    Fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Dinaik Taraf

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan 50 Buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Panglima-panglima Perkhidmatan di Padang Kawad Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 28 Mac 2023.

    Penyerahan ambulans domestik ini merupakan pelan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kesiagaan ATM selaras dengan Kertas Putih Pertahanan di bawah strategi Angkatan Masa Hadapan sekaligus memperkasakan kebajikan warga ATM termasuk kakitangan awam KEMENTAH.

    Perolehan secara berperingkat ini disempurnakan bagi menggantikan ambulans domestik yang sedia ada agar keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan dapat dipertingkatkan.

    Majlis penyerahan ini dilihat menyokong teras pertama dan ketiga dalam Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 iaitu Peningkatan Kesiagaan dan Keupayaan Pertahanan Dalam Melindungi Kepentingan Negara serta Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

    Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Lt Jen Dato’ Dr Zulkeffeli Mat Jusoh dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir