AgamaRencana

Ramadan Bulan Rahmat dan Keampunan

[jaw_dropcap]Kehadiran[/jaw_dropcap] Ramadan amat dinanti-nantikan oleh orang yang beriman. Bagi mereka, kehadiran Ramadan amat bermakna kerana mereka mendambakan keberkatan malam Lailatulqadar yang menawarkan ganjaran pahala amalan 1000 bulan. Satu malam yang dilipatgandakan pahala amalan sehinggakan umat Nabi Muhammad yang pendek usianya dapat melakukan amalan yang mendatangkan pahala yang boleh menyaingi amalan umat-umat terdahulu yang lebih panjang usianya. Peluang ini pula hanya datang sekali dalam setahun. Jika terlepas, belum pasti kita akan beroleh peluang yang sama pada masa akan datang.

Sementara mereka yang tidak mengetahui kelebihan bulan ini, ketibaannya tidak membawa apa-apa makna dan tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan dalam kehidupannya. Pada mereka hari-hari Ramadan sama sahaja dengan hari-hari yang lain. Bahkan, lebih buruk lagi jika mereka mengabaikan kewajipan berpuasa dan mengganggap Ramadan hanya menyusahkan mereka. Sekiranya seseorang itu termasuk dalam golongan ini, mereka akan mensia-siakan kehidupan sepanjang Ramadan dan akan mengalami kerugian di akhirat kelak.

Allah SWT untuk memberi kesempatan kepada hamba-hamba-Nya melalui Ramadan untuk mengumpul sebanyak pahala sebanyak-banyaknya. Ia hanya datang sekali sahaja dalam setiap tahun. Kesempatan ini hendaklah digunakan sepenuhnya supaya amalan kebajikan dapat dipertingkatkan sehingga ia sentiasa mengatasi imbangan keburukan yang dilakukan. Dan sekiranya tiada langsung coretan keburukan, maka itu yang lebih baik. Namun, hakikat diri sebagai insan yang mengalami pelbagai kelemahan hendaklah sentiasa disedari oleh setiap muslim.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang keistimewaan bulan Ramadan melalui sabda baginda yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, di mana Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, di bulan Ramadan juga dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu neraka, dibelenggukan semua syaitan dan terdapat suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa diharamkan kebajikan baginya pada malam itu bererti haramlah baginya segala bentuk kebajikan”.  (Riwayat Ahmad)

Menelusuri mafhum hadis ini, kadang-kadang timbul juga persoalan kenapa maksiat masih bereluasa meskipun syaitan telah terbelenggu, tidak lagi menjalankan tugasan menghasut dan memperdaya manusia. Tempat-tempat maksiat masih dikunjungi, umpat-mengumpat, caci-mencaci, maki-memaki dan kata-mengata masih berterusan dilakukan dengan penuh keseronokan. Hal ini terjadi disebabkan kelemahan kita dalam menghayati ibadat puasa sebagai benteng pertahanan jiwa. Ada orang yang berpuasa kerana bulan tersebut bulan Ramadan, semua masyarakat sekelilingnya berpuasa, mereka juga turut berpuasa tetapi mereka tidak begitu memahami maksud puasa yang hakiki. Sekiranya benteng yang kukuh belum terbentuk dalam diri, maka mudahlah nafsu syahwat yang sedia mengajak ke arah keburukan.

Ibadah puasa bukanlah satu penderaan tetapi merupakan satu proses latihan dan rahmat Allah SWT kepada manusia. Ia turut menjadi mekanisme yang amat efektif dalam penjagaan kesihatan. Hal ini bertepatan dengan kata-kata hukama’ yang bermaksud:

“Perut merupakan sarang penyakit, manakala penjagaan atau berpantang (dengan tidak mengisinya) adalah pokok segala ubatnya”.

Justeru, ibadat puasa khususnya puasa Ramadan membantu menyihatkan rohani dan jasmani kita. Kekuatan yang akan melahirkan insan soleh dalam amalan dan niatnya. Insan yang mendatangkan manfaat kepada diri sendiri, keluarga, organisasi, masyarakat, negara dan ummah. Inasn yang menunaikan tanggungjawan dan amanah kerana integritinya dengan Allah SWT. Insan yang tidak mengharapkan ganjaran duniawi semata-mata kerana berpandangan jauh untuk memperoleh reda Allah SWT dan ganjaran syurga yang jauh lebih baik dengan kebahagian yang kekal abadi.

Oleh itu, sempena dengan kedatangan bulan Ramadan tahun ini marilah kita mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani dengan melaksanakan amalan-amalan berikut:

  • Memperbanyakkan membaca al-Quran dan memahami maksudnya.
  • Melaksanakan solat fardu secara berjamaah di masjid atau di surau.
  • Menunaikan solat sunat tarawih dan witir.
  • Menyediakan jamuan berbuka kepada orang yang berpuasa, khususnya kepada sahabat, jiran tetangga dan fakir miskin.
  • Memperbanyakkan amalan bersedekah.
  • Beriktikaf di dalam masjid.
  • Bertadarus al-Quran.
  • Memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti mendalami pengetahuan mengenai fardu ain dan fardu kifayah.
  • Sentiasa menjaga tutur kata dan gerak-geri supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
  • Mengikis sifat hasad dengki daripada diri.
  • Tidak membiarkan diri kita berlarutan dalam perkara-perkara yang sia-sia termasuklah tingkah laku dan perbuatan yang tidak berfaedah.
  • Memastikan hati sentiasa fokus dan ingat kepada Allah SWT.

Sama-samalah kita merebut peluang yang sangat berharga ini dengan mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT dengan disertai perasaan syukur dan gembira, ikhlas dan yakin terhadap kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai banyaknya. Sesungguhnya keistimewaan dan kelebihan berpuasa bulan Ramadan tidak akan kita nikmati sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Disamping itu, kita juga dituntut melakukan amalan kebajikan yang lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus, berzakat dan sebagainya yang menjadi penyeri kepada bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online