Bersama PemimpinSemasa

TD Terima Aset Baharu 2022

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat (TD) di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen pada 7 Mac 2022.

TD telah menerima beberapa perolehan baharu bagi Kenderaan Jenis B (KJB) dan persenjataan dalam majlis tersebut yang merupakan Trak 1 Tan GS Cargo, Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), Trak 3 Tan dan 1 Tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang.

Penerimaan senjata pula adalah sebanyak 280 laras senjata yang diperolehi pada penghujung Feb melibatkan 40 laras Sniper M107A1 50 Caliber yang akan diserahkan kepada pasukan infantri dan 240 laras FN MINIMI 5.56 Mk3 Light Machine Gun untuk kegunaan operasi TD.

Majlis penyerahan kenderaan tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan Replika Kunci dan Replika setiap jenis kenderaan kepada PTD sebagai simbolik penyerahan aset-aset tersebut kepada TD.

Penerimaan aset baharu ini bertepatan dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan dimana penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur TD berada di tahap terbaik untuk sebarang aturgerak operasi.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online