AgamaBersama Pemimpin

ATM Terima Agihan Geran MAIWP dan Sumbangan Asnaf

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Agihan Geran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Penyampaian Sumbangan Asnaf Tahun 2024 bertempat di Dewan Sallahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid Al-Walid pada 5 Jun 2024.

Program ini diadakan sebagai simbolik penyerahan sumbangan yang dihulurkan oleh MAIWP kepada ATM berjumlah RM 2 juta dan penyampaian sumbangan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berupa set keperluan makanan kepada golongan asnaf tahun 2024.

Terdahulu, PAT diiringi Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Ruzaimi Hj Ahmad, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaffar dan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi Bujai bagi menerima replika cek bernilai RM 2 juta daripada Pengerusi MAIWP, Tuan Hj Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk menyokong aktiviti kerohanian dan kebajikan seluruh warga ATM dimana akan diurus selia oleh Jabatan Arah KAGAT dan juga kepada perkhidmatan-perkhidmatan.

Majlis diteruskan dengan pemberian Sumbangan Asnaf ATM Tahun 2024 kepada 25 penerima yang terdiri daripada anggota ATM dan staf awam Kementerian Pertahanan sebelum diakhiri dengan gimik pemotongan kambing golek sebagai simbolik kolaborasi bersama antara ATM dan MAIWP.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan pegawai-pegawai ATM.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online